- Lain-lain
 
Nanning Manfaatkan AI Untuk Naik Taraf Pertanian

Seorang penduduk kampung memetik oren mandarin ‘Shatangju’ di kampung Tongfu, daerah Xixiangtang, Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi di selatan China pada 5 Januari 2024. (Xinhua/Lu Boan)
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Nanning yang terletak di Wilayah Autonomi Guangxi di selatan China telah menyepadukan kecerdasan buatan (AI) ke dalam pengeluaran pertanian, mencapai ketepatan dalam membuat keputusan, penambahbaikan rantai penuh dan pencegahan risiko dalam operasi pertanian.
Peralihan tersebut telah menyaksikan transformasi terhadap pertanian daripada pendekatan berasaskan pengalaman kepada amalan berasaskan data, sekali gus menambah baik produktiviti dan daya saing secara signifikan.
Statistik menunjukkan bahawa pada separuh pertama tahun ini, kawasan penanaman bijirin di bandar itu telah melangkaui 3 juta mu (200,000 hektar), termasuk lebih daripada 1.9 juta mu beras awal.
Manakala, pengeluaran sayur-sayuran termasuk kulat yang boleh dimakan pula bertumbuh 3.7 peratus dari tahun ke tahun, sementara output daging keseluruhan dan output produk akuatik masing-masing meningkat 3.5 peratus dan 4.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sebelum ini, pengawalan penyakit dan serangga sangat bergantung kepada pengalaman juruteknik pertanian dan petani veteran. Teknologi AI kini membolehkan pengawalan dan pencegahan penyakit yang tepat dan proaktif berbanding bersifat reaktif.
Bagi petani buah, mereka hanya perlu log masuk ke dalam program mini WeChat atau sebuah aplikasi dalam telefon pintar masing-masing, mengambil gambar, dan memuat naik ke dalam seksyen khas untuk penyakit sitrus, dan AI akan mengenal pasti dengan segera penyakit itu dengan ketepatan sehingga 50 peratus.
Untuk rekod, aplikasi itu telah dibangunkan sendiri oleh Syarikat Guangxi Huiyun Information Technology. Ia menggunakan AI, Internet Kebendaan (IoT) dan data raya untuk mengenal pasti jenis penyakit dan serangga, seterusnya mengeluarkan solusi kawalan dan pencegahan yang komprehensif.
Sementara itu, Stesen Perlindungan Tumbuhan Nanning telah menggunakan pelbagai jenis peralatan pintar untuk pemantauan penyakit dan perosak di seluruh bandar, memastikan pemantauan dan amaran awal perosak dan penyakit yang tepat pada masanya, di samping menyediakan sokongan data yang tepat untuk pencegahan dan kawalan saintifik.
Setakat ini, bandar tersebut telah menubuhkan 19 stesen pemantauan lapangan peringkat kebangsaan dan wilayah autonomi untuk perosak dan penyakit tanaman, dilengkapi dengan 80 set instrumen canggih, termasuk lampu pemantauan perosak pintar.
Melalui pemantauan masa nyata oleh peralatan pintar, serta digabungkan dengan tinjauan lapangan yang dijalankan oleh kakitangan teknikal, sistem itu dapat meramalkan tempoh rawatan optimum untuk perosak utama dengan tepat, sekali gus meningkatkan kecekapan dengan ketara.
Teknologi AI kini merangkumi keseluruhan proses pengeluaran dan jualan pertanian, secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti dan nilai jenama produk pertanian Nanning.
Dalam bengkel pengisihan buah-buahan di Syarikat Guangxi Qifeng Juzhou Fruit Industry, pengurus besarnya Luo Zenggui menjelaskan bahawa oren mandarin yang dibeli daripada petani menjalani pemprosesan awal sebelum memasuki barisan pengisihan sitrus pintar, yang menyaksikan mesin secara automatik mengasingkan dan menggred buah mengikut warna, saiz, kecacatan permukaan, kandungan gula dan kerosakan dalaman.
Menurut Luo, dengan terdapatnya barisan pengisihan sitrus pintar, buah-buahan tersebut diasingkan dan digredkan dengan ketat mengikut piawaian kebangsaan, seterusnya menjamin oren mandarin premium berharga lebih tinggi.
- Liuzhou Pesatkan Pengaplikasian AI
 - Sektor tani Nanning Beralih kepada “Kepintaran Berteraskan Data”
 - Inisiatif “AI+Pertanian” Guangxi Buah Hasil Signifikan
 - Model AI China Menonjol di Arena Global
 - China, ASEAN, Bersama Inovasi Khidmat Selia Pasaran
 - Pengguna AI Generatif di China Berjumlah 515 juta Orang
 - Guangxi Perkukuh Kerjasama Belia dalam AI dengan ASEAN
 - Xiuwen Kini Masuk Musim Menuai Buah Kiwi
 - Petani Cili di Kaunti Juye Nikmati Ledakan Keuntungan
 - AI Teraju Ekonomi Digital Guangxi
 
				
			



