- Lain-lain
 
Liuzhou Pesatkan Pengaplikasian AI
Liuzhou sedang memesatkan transformasi pintar sektor perindustrian dengan mengintegrasikan secara mendalam teknologi kecerdasan buatan dengan perkilangan, inisiatif yang akan memacu perubahan industri-industri tradisional sambil menjana pembangunan dinamik sektor-sektor baru.

Barisan pengeluaran automatik di kilang pembuatan pintar SAIC-GM-Wuling Automobile Co., Ltd. (SGMW) di Liuzhou, Guangxi.(vip.people.com.cn/Li Hanchi)
Dalam sektor industri tradisional, Liuzhou memanfaatkan asas perindustrian untuk mendorong transformasi digital 435 syarikat kecil dan sederhana dalam industri seperti kereta, keluli dan jentera pembinaan.
Difahamkan, SAIC-GM-Wuling Automobile Co., Ltd. (SGMW) telah memperdalam kolaborasi dengan Huawei Technologies Co., Ltd untuk bersama-sama membangunkan model kenderaan pintar.
Guangxi Liugong Machinery Co.,ltd. pula telah memperkenalkan model berskala besar untuk kegunaan lakaran rekaan berautomasi serta pengurusan pintar.
Manakala, kilang penggelek Guangxi Liuzhou Iron and Steel Co., Ltd. pada tahun ini melancarkan Platform Gelung Keluli Digital AI pertama kendaliannya, membolehkan mereka membuat perakaunan kos dalam masa nyata, yang secara signifikannya meningkatkan tahap kecekapan pembuatan pintar.

Robot perindustrian manusia keluaran Kilang Pintar UBTECH Robotics Corp Ltd di Liuzhou, dilancarkan dengan jayanya. (vip.people.com.cn/Li Hanchi)
Dalam industri baru muncul, produk seperti robot perindustrian manusia keluaran Kilang Pintar UBTECH Robotics Corp Ltd di Liuzhou, robot pengecaman visual dari Guangxi Zhituo Technology Co., Ltd., dan kenderaan cas pintar Tahap 4 buatan Guangxi Automobile Group Co., Ltd. telah dilancarkan dengan jayanya.
Menurut data antara Januari hingga Julai tahun ini, nilai output produk AI di Liuzhou mencecah 8.87 bilion yuan, sementara nilai output terminal dan robot pintar naik 23.7% tahun ke tahun. Dengan ini, beransur-ansur terbentuknya satu sistem industri robot yang meliputi enam siri utama dengan lebih 50 spesifikasi.
Melihat dari segi sokongan dasar pula, Liuzhou telah membentuk sebuah pasukan tugas AI dan memperkenalkan pelbagai dasar khusus bagi merangsang industri berkaitan AI agar skalanya mencecah 50 bilion yuan menjelang 2027. Dengan menyediakan platform kolaborasi dan menawarkan senario aplikasi, bandar ini telah membentuk suatu model pembangunan “keupayaan pembuatan + aplikasi berasaskan senario”, justeru menjamin inovasi perindustrian secara berterusan.
- Sektor tani Nanning Beralih kepada “Kepintaran Berteraskan Data”
 - Inisiatif “AI+Pertanian” Guangxi Buah Hasil Signifikan
 - Model AI China Menonjol di Arena Global
 - China, ASEAN, Bersama Inovasi Khidmat Selia Pasaran
 - 15 Projek Menangi Pertandingan Inovasi Digital PKS Guangxi–ASEAN
 - Pengguna AI Generatif di China Berjumlah 515 juta Orang
 - Guangxi Perkukuh Kerjasama Belia dalam AI dengan ASEAN
 - Guangxi Perluas Senario Aplikasi “AI+”
 - AI Teraju Ekonomi Digital Guangxi
 - Sidang Pertukaran AI China-ASEAN Diadakan
 
				
			



