<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Sektor tani Nanning Beralih kepada “Kepintaran Berteraskan Data”

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 31 Oktober 2025

    Bandar Nanning di wilayah Guangxi, selatan China, sedang giat menggalakkan integrasi mendalam kecerdasan buatan dan pertanian, suatu langkah yang akan memanfaatkan teknologi AI demi pengeluaran yang menepati sasaran, pengurusan yang pintar dan produk yang berkualiti tinggi. Ini sekali gus akan menambah kecekapan sektor pertanian serta faedah-faedahnya secara ketara.

    Dalam proses pengeluaran, AI membantu dari segi pencegahan dan kawalan perosak dan penyakit secara tepat. Sebagai contoh, petani dapat segera mengenal pasti penyakit greening sitrus menggunakan aplikasi “Yunyan” yang kadar ketepatannya 95%. Nanning juga telah memasang 80 peranti pemantauan pintar yang mengeluarkan amaran awal dalam masa nyata untuk perosak seperti lelompat daun padi, kemudahan yang turut menjamin kestabilan pengeluaran.

    Dalam fasa pengurusan, AI menggalakkan kaedah operasi yang lebih halus. Misalnya, pangkalan beri biru menggunakan rangkaian sensor dan algoritma AI untuk mengumpul data pertumbuhan tanaman dalam masa nyata di samping menyesuaikan suhu, kelembapan dan baja secara automatik. Mod operasi ini meningkatkan keefisienan penggunaan air dan baja sebanyak 40%, malahan membawa kepada hasil yang lebih berkualiti dan lumayan, dengan lebih menjimatkan sumber.

    Penggunaan AI dalam fasa penambahbaikan kualiti pula membolehkan penetapan harga premium bagi produk yang unggul. Antara contoh aplikasinya, perkakasan pengisihan pintar mampu menggredkan buah limau abung secara tepat berdasarkan beberapa piawaian seperti warna dan kandungan gula. Dengan ini, konsep “barang serupa, harga serupa” beransur-ansur berubah kepada “kualiti premium, harga premium”. Dalam industri ternak ayam telur, sistem kawalan persekitaran pintar secara efektifnya meningkatkan kualiti telur serta daya saing pasaran.

    Ternyata, teknologi AI sedang memperkasakan sektor pertanian Nanning secara menyeluruh – menyuntik daya penggerak kuat yang menjamin kestabilan pengeluaran dan pembekalan baik bijirin, sayur-sayuran mahupun buah-buahan.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频