<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Sidang Pertukaran AI China-ASEAN Diadakan

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 September 2025
    Sidang Pertukaran AI China-ASEAN Diadakan
    Tapak acara. Foto oleh Li Xinyu

    Persidangan Pemadanan dan Pertukaran Aplikasi AI China-ASEAN yang diadakan di Nanning baru-baru ini, memperkenalkan format “permintaan dari ASEAN, penyelesaian oleh syarikat China” bagi menggalakkan padanan yang tepat antara permintaan dan penawaran.

    Senario penggunaan AI dan kerjasama rentas sempadan menjadi titik fokus persidangan. Kira-kira 350 peserta termasuk delegasi kerajaan, persatuan perniagaan, institusi penyelidikan serta wakil syarikat dari China, negara-negara ASEAN, Jepun, Korea Selatan dan Mexico membincangkan penggunaan AI dalam sektor pertanian, perindustrian, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, budaya dan pelancongan.

    Bagi melicinkan pelaksanaan, tujuh kawasan rundingan khas disediakan semasa berlangsungnya forum, untuk pihak ASEAN berkomunikasi secara muka ke muka dengan calon rakan kongsi dari China. Ini membolehkan mereka memperincikan hasrat kerjasama yang dizahirkan pada pertemuan awal, sekali gus mendorong pelaksanaan lebih banyak projek AI di ASEAN.

    Tapak acara. Foto oleh Li Xinyu
    Peserta merundingkan kerjasama. Foto oleh Liu Hanqi

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频