- Lain-lain
Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi| Bengkel Luban: Latihan Bakat di Thailand
Pengisah: Nitinun Chomchuen (Thailand) Guru, Kolej Teknikal Vokasional Bohai Tianjin
Pada 2013, Presiden China, Xi Jinping mengemukakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Pada tahun yang sama, saya menerima biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di Tianjin.
Setelah menamatkan pengajian pada 2016, I membuat keputusan untuk tinggal di China dan menyertai Kolej Teknikal Vokasional Bohai Tianjin dan melalukan kerja-kerja berkaitan projek Bengkel Luban di Thailand.
Pada 2016, Kolej Teknikal Phra Nakhon Si Ayutthaya Thailand dan Kolej Teknikal Vokasional Bohai Tianjin telah bersama-sama menubuhkan Bengkel Luban di Thailand, yang juga Bengkel. Luban pertama di luar China. Sehingga hari ini, bengkel itu telah melatih lebih daripada 2,000 profesional teknikal di Thailand, dan memberikan sokongan kepada lebih daripada 460 pelajar Thailand yang melanjutkan pelajaran di China.
Saya amnya bertanggungjawab dalam pengurusan harian Bengkel Luban di Thailand, komunikasi dan penyelarasan antara pihak China dan Thailand, serta mengajar bahasa Cina kepada pelajar antarabangsa.
Yang paling saya banggakan dengan kerja saya adalah untuk dapat menyaksikan pertumbuhan pelajar dan memupuk persahabatan antara kedua-dua negara.
Bengkel Luban di Thailand telah menggunakan model yang menggabungkan ‘pendidikan akademik dengan latihan vokasional’. Kesemua enam programnya ketika ini telah melepasi fasa kajian semula dan pensijilan oleh Suruhanjaya Pendidikan Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Thailand.
Pelajar lepasan Bengkel Luban yang telah menuntut di Kolej Teknikal Vokasional Bohai Tianjin sebagai pelajar antarabangsa menjadi tumpuan di pasaran kerja berikutan kelebihan mereka dalam kemahiran teknikal maju dan mampu berbahasa Cina.
Ramai daripada mereka memilih untuk bekerja di syarikat milik China di Thailand. Gaji mereka secara dasarnya adalah lebih tinggi berbanding purata lepasan sekolah vokasional tempatan, sekali gus menambah baik situasi ekonomi para pelajar dan anggota keluarga masing-masing.
Ini juga mencerminkan bagaimana BRI dapat menambah baik mata pencarian orang ramai. Sebagai contoh, salah seorang pelajar antarabangsa, Wasan Butsadiwan yang bekerja di Haier Thailand, memandang tinggi terhadap kreativiti dan daya cipta Lu Ban. Ketika menjadi penuntut di Bengkel Luban, beliau memperoleh banyak kemahiran dan ilmu, termasuk teknologi kawalan berangka komputer, robotik, dan pengawal logik yang boleh diprogramkan, yang kesemuanya adalah penting dalam industri moden.
Bengkel Luban telah menyediakan solusi China kepada latihan kemahiran teknikal Thailand. Mengambil industri kenderaan tenaga baharu sebagai contoh, yang menyaksikan Thailand bermula agak lewat dalam industri itu dan kekurangan pengalaman mengajar yang mencukupi.
Fasa kedua Bengkel Luban Thailand adalah untuk mewujudkan program teknologi kenderaan tenaga baharu. Kolej Teknikal Vokasional Bohai Tianjin menyediakan peralatan penting dan menaja guru-guru dari Thailand untuk menjalani latihan di China, membantu mereka menjadi mahir dalam teknologi dan pendidikan termaju.
BRI adalah inisiatif China yang bukan sahaja mengubah dunia, tetapi juga mengubah kehidupan saya. Saya bertemu dengan suami saya, Jian Peng, di Bengkel Luban. Kini, kami adalah keluarga dan juga rakan sekerja.
Dalam tempoh 12 tahun yang lalu, saya telah belajar, bekerja dan menetap di sini, membina jaringan saya di Bengkel Luban. Jika saya mahu menyimpulkan pengalaman saya dalam satu ayat, saya akan kata bahawa China dan Thailand adalah keluarga!
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Penyepaduan Kewangan Terangi Isi Rumah di ‘Negara Pelangi’
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Dari Penonton Olimpik Beijing ke Peserta Dalam Pembinaan Bersama BRI
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kemuncak Jalur dan Laluan ke-10 Buka Tirai
- 77 Negara dan Wilayah BRI Sahkan Penyertaan dalam CIFIT ke-25
- Bengkel Luban Tawar Sokongan Pendidikan Vokasional kepada Kazakhstan
- Sama Menang, Inti Pati Kerjasama BRI
- People’s Daily Online Buat Debut MV ‘Boundless Silk Road’
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Jumlah Kenderaan Keluar Masuk Melalui Alashankou Baharui Rekod




