- Lain-lain
Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Penyepaduan Kewangan Terangi Isi Rumah di ‘Negara Pelangi’
Pengisah: Shen Hua, Pengurus Besar, Jabatan Kewangan Perdagangan, Bank of China, Cawangan Johannesburg
Sejak sekian lama, Afrika Selatan telah bergelut dengan masalah kekurangan tenaga. Bagi mengatasi krisis tersebut, kerajaan Afrika Selatan secara aktif membangunkan tenaga boleh baharu pada tahun-tahun mutakhir ini.
Pada 2024, Syarikat PowerChina telah menandatangani kontrak untuk projek sistem penyimpanan tenaga bateri Oasis 1. Sejurus projek itu siap, ia akan menyimpan 1,000 MWh elektrik, yang cukup untuk memenuhi keperluan elektrik harian untuk 100,000 isi rumah, sekali gus menerangi isi rumah di serata ‘Negara Pelangi’.
Pemilik projek tersebut adalah Electricite De France (EDF), iaitu perusahaan pelaburan asing yang mempunyai peranan penting dalam pasaran tenaga di Afrika Selatan. Untuk satu tempoh yang panjang, ia dilihat hampir mustahil untuk syarikat China menyertai dalam projek tenaga seperti ini di Afrika Selatan.
Sebabnya juga adalah munasabah iaitu syarikat Amerika dan Eropah telah berakar umbi dalam sektor tenaga Afrika Selatan; serta beberapa institusi kewangan antarabangsa kurang memahami struktur kewangan dan model perniagaan syarikat China, seterusnya menyukarkan projek aset cahaya yang berfokuskan kepada peralatan dan pemasangan untuk mendapat sokongan pinjaman hutang daripada bank tempatan.
Tapi kini, situasi telah pun berubah. Pemilihan PowerChina sebagai kontraktor adalah bergantung kepada sokongan kewangan daripada Bank of China yang bertindak sebagai penjamin kredit, serta mengeluarkan jaminan yang selaras dengan amalan pasaran China untuk memenuhi keperluan kontrak PowerChina.
Secara tidak langsung, ia telah membantu terhadap halangan kemasukan dengan memastikan kontraktor dapat menerima bayaran pendahuluan dan memulakan pembinaan, sambil mengurangkan risiko kepada pemilik projek, selain turut menambah baik imej profesional syarikat China dalam projek antarabangsa.
Afrika Selatan merupakan negara Afrika pertama yang menandatangani dokumen kerjasama Jalur dan Laluan (BRI) dengan China. Pembangunan hijau merupakan ciri penentu BRI, manakala pembangunan hijau dan kerjasama tenaga merupakan bidang penting terhadap sokongan Bank of China di Afrika Selatan.
Pada 2022, Bank of China cawangan Johannesburg mengeluarkan bon hijau Afrika pertama yang diterajui bank China sebanyak AS$300 juta. Pada 2024, bank itu menyediakan RMB30 juta (AS$4.1 juta) dalam bentuk pembiayaan ke China State Construction Engineering Corporation Afrika Selatan untuk menyokong pengembangan lebuh raya di Durban.
Penyepaduan kewangan memberikan sokongan penting buat pembinaan bersama BRI. Setiap dana menjadi pendorong dalam mengumbah kerjasama BRI China-Afrika Selatan daripada visi kepada realiti, seterusnya menyumbang kepada sinergi antara BRI dan Pelan Pemulihan dan Pembinaan Semula Ekonomi Afrika Selatan.
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Dari Penonton Olimpik Beijing ke Peserta Dalam Pembinaan Bersama BRI
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kemuncak Jalur dan Laluan ke-10 Buka Tirai
- 77 Negara dan Wilayah BRI Sahkan Penyertaan dalam CIFIT ke-25
- Sama Menang, Inti Pati Kerjasama BRI
- People’s Daily Online Buat Debut MV ‘Boundless Silk Road’
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Jumlah Kenderaan Keluar Masuk Melalui Alashankou Baharui Rekod
- Forum Antarabangsa Perkhidmatan Perundangan BRI Dirasmikan
- Kerjasama Berkualiti Tinggi BRI Cipta Peluang Untuk Pertumbuhan Global




