<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Dari Penonton Olimpik Beijing ke Peserta Dalam Pembinaan Bersama BRI

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 September 2025

    Pengisah: Nursulu Zholbaskanova (Kazakhstan), Pengurus Besar, TERRAcont International Logistics (Xi’an)

    Pada 2010, saya datang ke China dengan membawa impian waktu kecil, yang kesemuanya diinspirasikan oleh kekaguman ketika menonton Olimpik Beijing. Hari lahir saya jatuh pada 8 Ogos, dan pada hari tersebut tahun 2008, saya menyaksikan obor Olimpik dinyalakan di kaca televisyen. Memori China terpahat di hati saya.

    Mengapa saya memilih Xi’an untuk membuka syarikat? Jawapannya terletak pada jalan ‘kafilah unta besi’. Pada 2021, saya menubuhkan perniagaan di Xi’an kerana fungsi bandar itu sebagai hab penting untuk kereta api kargo China-Eropah.

    Untuk rekod, Xi’an yang mencatatkan jumlah perjalanan kereta api tahunan tertinggi di serata negara telah berkesan menghubungkan hab-hab utama di Asia Tengah dan Eropah. Sokongan dasar dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan Pelabuhan Antarabangsa Xi’an turut membolehkan syarikat pemula untuk beroperasi dengan bebanan yang minimum.

    Kereta api kargo China-Eropah adalah pendorong penting kepada pembangunan syarikat saya. Sebagai syarikat antarabangsa yang khusus dalam logistik kontena rentas sempadan antara Asia dan Eropah, kami banyak mendapat manfaat daripada kestabilan operasi dan kekerapan perkhidmatan yang kian meningkat.

    Dengan kos hanya suku daripada kargo udara dan tempoh penghantaran dua pertiga lebih laju daripada pengangkutan laut, kereta api kargo China-Eropah sedang mengubah landskap logistik perdagangan Asia-Eropah.

    Hari ini, syarikat saya mengendalikan sekitar 100 perjalanan kereta api kargo setiap bulan untuk import dan eksport. Daripada keperluan harian dan perkakas rumah kepada kenderaan tenaga baharu, barangan boleh dihantar dari titik-ke-titik kepada pelanggan di pelbagai negara. Kami turut mengulangi kejayaan di Xi’an dengan menubuhkan satu cawangan di Qingdao, serta merancang untuk membuka cawangan di Shanghai dan Chengdu.

    Dasar pengecualian visa, penerbangan langsung dan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan telah mempermudah pertukaran antara rakyat negara Kazakhstan dan China, seolah-olah jiran yang saling melawat. Ia bukan sahaja melonjakkan pelancongan dan perdagangan, tetapi turut mencerminkan kejayaan bersama kedua-dua negara dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

    China adalah rumah kedua saya. Aroma daging panggang di tepi jalan Xi’an mengingatkan saya atmosfera segar Asia Tengah. 80 peratus pekerja syarikat kami adalah warga China, dan pasukan kami seperti satu keluarga.

    Dari Astana ke Xi’an, saya yang dahulunya hanya penonton Olimpik, menjadi peserta kerjasama BRI. Keselamatan, daya hidup, dan keterangkuman China telah memperkukuh akar saya di sini, dan membuatkan saya sedar bahawa China bukan sekadar satu pasaran, tetapi tanah yang subur untuk merealisasikan impian saya.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频