<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Angkasawan Shenzhou-19 Berjaya Memasuki Stesen Angkasa

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 31 Oktober 2024
    Angkasawan Shenzhou-19 Berjaya Memasuki Stesen Angkasa
    Imej daripada di Pusat Kawalan Aeroangkasa Beijing pada 30 Oktober 2024 menunjukkan kru kapal angkasa berawak Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 sedang berbual antara satu sama lain. Tiga angkasawan misi penerbangan Shenzhou-19 China telah memasuki stesen angkasa Tiangong dan bertemu dengan trio angkasawan lain pada Rabu, sekali gus memulakan pusingan baharu pertukaran kru dalam orbit. (Xinhua/Li Jie)

    Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa tiga angkasawan misi penerbangan angkasa Shenzhou-19 China telah memasuki stesen angkasa Tiangong dan bertemu dengan trio angkasawan lain pada Rabu, sekali gus memulakan pusingan baharu pertukaran kru dalam orbit.

    Menurut Agensi Angkasa Berawak China (CMSA), Shenzhou-18 membuka palka tepat pukul 12:51 tengah hari untuk menyambut ketibaan kru baharu.

    Keenam-enam anak kapal kemudian mengambil gambar berkumpulan untuk pertemuan angkasa lepas kelima dalam sejarah aeroangkasa China.

    Difahamkan, kesemua mereka akan tinggal dan bekerja bersama selama kira-kira lima hari untuk menyelesaikan tugas yang telah dirancang dan seterusnya melalukan penyerahan kerja.

    Kru Shenzhou-18 dijadualkan mendarat di Dongfeng di utara China pada 4 November.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频