<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China Berjaya Lancar Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-19

    (CRI)Rabu 30 Oktober 2024
    China Berjaya Lancar Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-19

    China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada pukul 4.27 pagi tadi.

    Sepuluh minit selepas pelancaran, kapal Shenzhou-19 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.

    Sekarang, kru angkasawan berada dalam keadaan baik, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

    Menurut rancangan, kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas. Selepas itu, kru Shenzhou-19 akan melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.

    Selain itu, angkasawan Shenzhou-19 akan menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) beberapa kali untuk melakukan eksperimen fizik asas grativiti mikro, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa, teknologi angkasa dan lain-lain.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频