<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Tokoh Akademi China, ASEAN ?Bincang Isu Tadbir Urus Negara dan Pentadbiran Awam

    (CRI)Selasa 04 November 2025

    Seminar Akademi China-ASEAN mengenai Tadbir Urus Negara, Pentadbiran Awam dan Kumpulan Pemikir berlangsung di Nanning, Guangxi pada Isnin.

    Seramai 10 wakil berkongsi konsep dan praktik negara masing-masing dalam usaha menggalakkan pemodenan sistem dan keupayaan tadbir urus negara dalam konteks tradisi tamadun Asia pada seminar yang bertemakan "Tadbir Urus Negara dan Tamadun Asia" tersebut.

    Antara wakil yang mengambil bahagian dalam sesi perkongsian pada seminar berkenaan ialah Ketua Institut Nasional Pentadbiran Awam Republik Indonesia (NIPA) Muhammad Taufiq, Naib Presiden yang juga Profesor Kanan Universiti Tunku Abdul Rahman Malaysia Choong Chee Keong dan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Bahagian Perkhidmatan Awam Singapura, Christopher Pragasam.

    Para perwakilan juga mengadakan perbincangan mengenai topik yang meliputi Tadbir Urus Negara dan Masyarakat Asia, Era Digital-Kecerdasan dan Peningkatan Keberkesanan Tadbir Urus Negara, Kerjasama Terbuka Serantau dan Pembangunan Mampan, serta Tadbir Urus Global, Serantau dan Pendekatan Asia.

    Sementara itu, para perwakilan menyifatkan seminar kali ini sebagai langkah penting untuk melaksanakan hasil yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN-China selain memacu pembangunan rangkaian kerjasama di kalangan akademi ASEAN-China dalam tadbir urus negara, pentadbiran awam dan kumpulan pemikir.

    Seminar yang diadakan itu juga dilihat memperkukuh komunikasi dan kerjasama latihan antara China dengan negara-negara ASEAN dalam tadbir urus negara dan pentadbiran awam sekali gus menyediakan sokongan akademik yang kukuh untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat dan dinamik.

    Seminar anjuran bersama Akademi Tadbir Urus Negara China dan kerajaan Wilayah Guangxi ini diselanggarakan bersama oleh sejumlah institut dan universiti Guangxi.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频