<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Mesyuarat Tetap Ke-30 PM China-Rusia di Hangzhou

    (CRI)Selasa 04 November 2025

    Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Mishustin bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Tetap Ke-30 PM China-Rusia di Hangzhou pada Isnin.

    Li berkata dalam konteks situasi antarabangsa yang mengalami perubahan mendalam, China bersedia melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin negara, mengukuhkan komunikasi strategik, memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang serta memelihara kepentingan pembangunan dan keselamatan.

    Sebaik cadangan Rancangan Lima Tahun Ke-15 (2026-2030) diluluskan pada Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China pada bulan lepas, China bersedia saling menyokong dengan Rusia, menjalin hubungan rapat di peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan strategik pembangunan dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.

    Ini termasuk usaha untuk terus memajukan perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara China-Rusia dalam era baharu serta bergerak bersama menuju modenisasi.

    Sementara itu, Mishuskin berkata Rusia bersedia mengukuhkan interaksi peringkat tinggi, memperluas pertukaran dan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pengangkutan, tenaga, pertanian, ekonomi digital, sosiobudaya serta menjayakan siri aktiviti "Tahun Budaya Rusia-China".

    Selepas pertemuan itu, Li dan Mishuskin menandatangani Kenyataan Bersama Mesyuarat Tetap ke-30 Perdana Menteri China-Rusia serta bersama-sama menyaksikan pemeteraian dokumen kerjasama dalam bidang kastam dan navigasi satelit.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频