- Lain-lain
 
China, Rusia Sedia Perkukuh Kerjasama
China bersedia bekerjasama dengan Rusia dalam memperkukuhkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam semua bidang, menentang amalan unilateralisme dan proteksionisme perdagangan serta bersama-sama memelihara sistem perdagangan multilateral.
Perkara itu dinyatakan Naib Perdana Menteri China, He Lifeng semasa mempengerusikan sesi ke-29 Jawatankuasa untuk Pertemuan Berskala Perdana Menteri China-Rusia bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Chernyshenko yang berlangsung di Ningbo, provinsi Zhejiang pada Ahad.
Sementara itu, Chernyshenko pula menyatakan bahawa hubungan Rusia-China ketika ini berada pada tahap terbaik dalam sejarah dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang pula telah menunjukkan hasil yang positif dan menggalakkan.
Selain itu, Rusia juga komited untuk bekerjasama dengan China dalam meningkatkan tahap kerjasama, memperluaskan bidang kerjasama dan meneroka potensi kerjasama demi menyediakan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif Rusia-China pada era baharu.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua pihak telah menjalinkan komunikasi dan pertukaran pandangan secara mendalam mengenai kerjasama berkenaan yang mencapai sejumlah hasil dan persepakatan.
- Xi Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin China-Rusia-Mongolia ke-7 di Beijing
 - Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin
 - Presiden Rusia Tiba di Tianjin untuk Hadiri Sidang Kemuncak SCO 2025
 - China, Rusia Perlu Menyumbang Kepada Perkembangan Orde Antarabangsa Lebih Adil dan Rasional
 - Xi, Putin Berhubung Melalui Telefon
 - China, Rusia Perlu Suntik Momentum Baharu, Perkukuh SCO - Xi
 - Wang Yi Rumus Hasil Lawatan Presiden Xi ke Rusia
 - Xi Berangkat Pulang ke Tanah Air dari Moscow
 - Tentera China Sertai Perbarisan Sempena 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
 - Xi Hadir Majlis Rai 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
 
				
			



