<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • PM China Hadir EAS ke-20

    (CRI)Rabu 29 Oktober 2025
    PM China Hadir EAS ke-20

    Sinergi harus diperkukuh untuk mempertahankan sistem perdagangan bebas, mewujudkan rangkaian dagangan bebas serantau yang bertaraf tinggi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

    Demikian menurut Perdana Menteri China Li Qiang ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-20 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Isnin.

    Beliau berkata semua pihak harus menjaga sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Pemusatan ASEAN, di samping giat menggerakkan pembaharuan ke arah membina sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.

    Rata-rata pemimpin yang hadir turut menyatakan bahawa negara serantau harus menjunjung multilateralisme dan Piagam PBB, memperbaharui ikatan rakan kongsi, memperkasa kerjasama pragmatik dan bergabung tenaga untuk menangani pelbagai cabaran.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频