- Lain-lain
 
Xi Jinping Bertemu dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol
	
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Yoon Suk-yeol di Bali, Indonesia petang semalam.
Xi menyatakan bahawa China dan Korea Selatan adalah jiran dekat yang bersebelahan dan rakan kerjasama yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua negara mempunyai tanggungjawab besar untuk memelihara keamanan serantau dan memacu kemakmuran dunia, serta mempunyai kepentingan bersama yang meluas.
"Tahun ini ialah ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik China-Korea Selatan. Sejarah 30 tahun itu membuktikan bahawa perkembangan hubungan dua hala yang sihat dan mantap bersesuaian dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara."
"China bersedia bersama-sama pihak Korea Selatan untuk memelihara, mengukuhkan dan mengembangkan hubungan kedua-dua negara, agar menyumbangkan kestabilan kepada rantau ini bahkan dunia."
	
Yoon Suk-yeol pula menyatakan, pihaknya bersedia mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan kerjasama dengan China berasaskan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan demi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Beliau berharap untuk terus mengekalkan pertukaran lawatan dengan China dalam pelbagai peringkat, meningkatkan komunikasi kemanusiaan, memperkukuh persahabatan dalam kalangan rakyat, memelihara sistem perdagangan bebas dan bersama-sama menangani cabaran global.
- Xi Bertemu dengan PM Australia Albanese
 - Bina Hubungan Rakan Pemulihan Ekonomi Global: Xi
 - Dorong Pembangunan Sejagat yang Lebih Inklusif: Xi
 - Bina Pasaran Komoditi Pukal yang Stabil: Xi
 - PM Li Seru Bersinergi Pacu Kemakmuran Asia Timur
 - Presiden Xi Tiba di Indonesia
 - Li Keqiang Bertemu dengan PM Australia
 - Presiden Xi Jinping akan Tiba di Indonesia
 - Pertemuan PM China dengan Pemimpin Jepun, Korea Selatan dan Filipina
 - Li Keqiang Tiba di Phnom Penh
 - PM Li: Galakkan Persahabatan China-Kemboja dan Kerjasama Asia Timur
 
				
			


