<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • CAETE Disertai Hampir 4,700 Syarikat China dan Afrika

    (CRI)Jumaat 13 Jun 2025

    Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika (CAETE) edisi keempat sedang berlangsung di bandar Changsha, provinsi Hunan.

    Acara selama empat hari itu menyaksikan penyertaan hampir 4,700 syarikat China dan negara Afrika.

    Ekspo kali ini mencakupi bidang yang luas antaranya sektor makanan, perlombongan mesra alam, infrastruktur, perubatan tradisional, kebudayaan dan keusahawanan golongan belia.

    Duta Besar Rwanda ke China, James Kimonyo turut mengambil peluang sempena CAETE untuk mempromosikan barangan Afrika melalui penstriman langsung antaranya biji kopi, sambal dan lain-lain.

    Barang kemas dari Afrika yang dipamerkan antaranya rantai tangan, cincin dan kalung juga menarik perhatian para pengunjung.

    Barang kemas yang kelihatan amat halus itu dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis bahan mentah dari Afrika seperti mutiara air tawar, kristal, batu akik dan sebagainya.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频