<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Namibia

    (CRI)Jumaat 06 Disember 2024

    Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Netumbo Nandi-Ndaitwah yang dipilih sebagai Presiden Namibia, pada Khamis.

    Xi dalam perutusannya berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kesalingpercayaan politik antara China dan Namibia terus ditingkatkan, kerjasama pragmatik dua hala membuahkan hasil memberangsangkan, dan kedua-dua negara saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing.

    Xi berkata, beliau mementingkan hubungan dengan Namibia dan bersedia berusaha bersama-sama Nandi-Ndaitwah untuk melaksanakan hasil Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), mengembangkan persahabatan tradisional, mempergiat kerjasama saling menguntung, dan mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif, supaya memberikan lebih banyak kebaikan kepada rakyat kedua-dua negara.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频