- Lain-lain
 
China Bersedia Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-20
 (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 17 April 2025
		![]()  | 
| Foto bertarikh 16 April 2025 ini memaparkan gabungan kapal angkasa bermanusia Shenzhou-20 dan roket pembawa Long March-2F yang dihantar secara vertikal ke kawasan pelancaran. (Xinhua/Wang Jiangbo) | 
Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA) pada Rabu mengumumkan bahawa gabungan kapal angkasa bermanusia Shenzhou-20 dan roket pembawa Long March-2F yang dihantar ke kawasan pelancaran, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut CMSA, kesemua fasiliti dan peralatan di tapak pelancaran berada dalam keadaan baik, sementara pelbagai pemeriksaan dan ujian secara bersama pra-pelancaran telah dilaksanakan seperti yang dirancang.
Memetik Xinhua, CMSA turut memaklumkan bahawa kapal angkasa itu akan dilancarkan pada masa yang sesuai dalam tempoh yang terdekat.
 Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn 
	Hak cipta terpelihara ? People.cn
 Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang
				
			




