- Lain-lain
 
Kediaman Gua Dihidupkan Semula Sebagai Kandang Lembu
![]()  | 
| Foto memperlihatkan pemandangan sudut udara di tapak demonstrasi pembiakan lembu di kampung Ganzhuang, pekan Huangzhai, kaunti Chongxin, bandar Pingliang, di Provinsi Gansu. (People’s Daily Online/Jiao Long) | 
Di kaunti Chongxin, bandar Pingliang, Provinsi Gansu, barat laut China, kediaman gua telah mengalami transformasi, diubah menjadi kandang lembu, sekali gus menjana pendapatan buat penduduk setempat.
“Saya bekerja di sini semasa luar musim pertanian dan mendapat sehingga RMB4,000 (sekitar AS$562) sebulan, sambil masih mampu menjaga keluarganya,” ujar Wu Jinxi, seorang penduduk kampung tempatan.
Hou Zhuo, setiausaha Parti kampung Gangzhuang berkata bahawa gua-gua tersebut memandang ke arah matahari dan terlindung dari angin, justeru akan kekal hangat pada musim sejuk dan dingin pada musim panas.
Beliau turut berkongsi bahawa lembu yang berada di situ jarang sakit dan mudah untuk naik berat badan.
“Berbanding dengan kandang tradisional, lembu yang diternak di gua boleh tersedia untuk pasaran 60 hari lebih awal,” tambah Hou.
Untuk rekod, kaunti Chongxin telah membina 15 tapak demonstrasi penternakan kediaman gua, mengubah 1,700 rumah gua kepada kandang lembu yang kini menempatkan lebih daripada 5,500 ekor lembu. Kelompok lembu keseluruhan di kaunti itu telah bertambah kepada 87,600, seterusnya menjana nilai output sebanyak RMB484 juta.
![]()  | 
| Foto menunjukkan kandang lembu yang diubahsuai daripada kediaman gua di kampung Ganzhuang, pekan Huangzhai, kaunti Chongxin, bandar Pingliang, di Provinsi Gansu. (People’s Daily Online/Jiao Long) | 
![]()  | 
| Foto memaparkan kandang lembu yang diubahsuai daripada kediaman gua di kampung Ganzhuang, pekan Huangzhai, kaunti Chongxin, bandar Pingliang, di Provinsi Gansu. (People’s Daily Online/Mi Yuan) | 
![]()  | 
| Foto tapak demonstrasi pembiakan lembu di kampung Ganzhuang, pekan Huangzhai, kaunti Chongxin, bandar Pingliang, di Provinsi Gansu. (People’s Daily Online/Jiao Long) | 
![]()  | 
| Foto tapak pembiakan lembu di kampung Ganzhuang, pekan Huangzhai, kaunti Chongxin, bandar Pingliang, di Provinsi Gansu. (People’s Daily Online/Mi Yuan) | 
- Warna-warni Musim Luruh Litupi Kawasan Pemandangan Gunung Kongtong di Gansu
 - Lada Sichuan Jadi Industri Kini Industri Utama di Gansu
 - Industri Bawang Liar Sumbang Manfaat Ekonomi, Ekologi di Gansu
 - Longnan Saksi Kemajuan Pesat Industri Minyak Zaitun
 - Pemandangan Indah Padang Rumput di Gansu Pikat Pelancong
 - Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
 - Sekitar Tapak Peringatan Penyajak Purba China Du Fu di Gansu
 - Dari Loceng Unta ke Melodi: Musim Panas di Dunhuang Tawar Pengalaman Magis
 - Atuk Sanxi di Kampung Qingsi Jadi ‘Duta’ Pelancongan
 - Petani Manfaatkan Video Pendek, Promosi Kampung Halaman di Gansu
 
				
			








