<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Kilang Kereta Terbang Pertama Dunia Mulakan Pengeluaran Percubaan di Guangzhou

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 04 November 2025

    Foto janaan realistik ini memperlihatkan kereta terbang bermodul ‘Pembawa Pesawat Darat’ oleh XPENG AEROHT. (Foto daripada XPENG AEROHT menerusi Xinhua)

    Foto janaan realistik ini memperlihatkan kereta terbang bermodul ‘Pembawa Pesawat Darat’ oleh XPENG AEROHT. (Foto daripada XPENG AEROHT menerusi Xinhua)

    XPENG AEROHT, anak syarikat kereta terbang di bawah pengeluar kenderaan elektrik China iaitu XPENG, telah memulakan pengeluaran percubaan di kilang pintar pertama dunia untuk pengeluaran kereta terbang secara besar-besaran, lapor agensi berita Xinhua.

    Secara tidak langsung, ia menandakan satu pencapaian baharu dalam usaha mengkomersialkan pengangkutan generasi seterusnya.

    Terletak di daerah Huangpu, Guangzhou di Provinsi Guangdong, kilang seluas 120,000 meter persegi itu telah mengeluarkan pesawat elektrik pasang tanggal yang pertama untuk kereta terbang bermodulnya iaitu ‘Pembawa Pesawat Darat’.

    Difahamkan, fasiliti itu direka khas dengan kemampuan pengeluaran tahunan sebanyak 10,000 unit modul pesawat pasang tanggal, dengan kapasiti permulaan sebanyak 5,000 unit. Ia juga mempunyai kapasiti pengeluaran terbesar dalam kalangan kilang-kilang yang seumpamanya, selain mampu untuk memasang satu pesawat untuk setiap 30 minit.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频