<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Berganding Bahu Mencipta Rangka Tindakan untuk Kesalinghubungan Asia Pasifik

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 04 November 2025

    Lori sedang menunggu giliran sebelum mendapat kelulusan kastam di Pintasan Youyi yang turut dikenali sebagai Pintasan Persahabatan di Pingxiang, Chongzuo, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 5 Ogos 2025. (Foto oleh Liu Zheng)

    Lori sedang menunggu giliran sebelum mendapat kelulusan kastam di Pintasan Youyi yang turut dikenali sebagai Pintasan Persahabatan di Pingxiang, Chongzuo, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 5 Ogos 2025. (Foto oleh Liu Zheng)

    Kesalinghubungan kekal menjadi keutamaan dalam kemajuan manusia dan merupakan tonggak dalam pembinaan komuniti Asia Pasifik yang berkongsi masa depan.

    Selama bertahun-tahun, China secara aktif mempromosi penyepaduan serantau yang komprehensif, sekali gus menjajar Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan negara-negara rakan. Kolaborasi tersebut dilihat menyuntik momentum baharu dalam usaha memupuk ekonomi Asia Pasifik yang terbuka, inovatif dan saling berkait.

    Detik penentu berlaku pada 2014 semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-22 di Tasik Yanqi, Beijing apabila Rangka Tindakan Kesalinghubungan APEC 2015-2025 diperkenalkan. Rangka kerja yang disifatkan sebagai penanda aras tersebut telah mewujudkan hala tuju yang jelas terhadap kerjasama kesalinghubungan serantau.

    Sejak itu, ekonomi APEC telah memajukan pembangunan infrastruktur, memperkemas data, dana, barangan dan aliran pergerakan rakyat rentas sempadan, selain membina jaringan kesalinghubungan pelbagai peringkat di serantau, seterusnya mencapai kemajuan kolektif yang signifikan.

    Tatkala negara-negara APEC sedang mengejar laluan pembangunan yang pelbagai, usaha untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau kekal menjadi sebagai satu matlamat yang menyatukan.

    Carlos Aquino, pengarah Pusat Pengajian Asia di Universiti Kebangsaan San Marcos di Peru berkata bahawa, keaktifan China dalam mempromosi mekanisme kerjasama serantau dan visi kolaborasi yang terbuka, manfaat bersama, dan kesalinghubungan negara telah mendapat pengiktirafan yang meluas, secara tidak langsung mencipta peluang baharu untuk ekonomi serantau dalam bidang seperti infrastruktur, peralihan hijau dan ekonomi digital.

    China telah menjadi peserta penting dan penggalak kepada kerjasama Asia Pasifik, secara aktif menjajar BRI dengan strategi kebangsaan dan serantau yang lain. Ia bukan sahaja memperkukuh laluan utama ekonomi serantau, tetapi turut mencipta platform yang lebih luas untuk kesalinghubungan.

    Tahun ini, China dan Vietnam melancarkan mekanisme kerjasama kereta api untuk mencapai kesalinghubungan kereta api tolok standard sepenuhnya antara kedua-dua negara, sekali gus mengembangkan visi integrasi pengangkutan serantau. Manakala, satu laluan penghantaran rantaian sejuk baharu antara Pelabuhan Kuantan Malaysia dan Pelabuhan Teluk Beibu China pula telah menjadikan logistik dua hala lebih cekap. Di Chile, lebuh raya Laluan 5 yang dikendalikan oleh sebuah syarikat China di sepanjang wilayah pengeluar ceri utama negara itu, berfungsi sebagai ‘jalan manis’ yang menghubungkan perdagangan dua hala.

    Ceri dari Chile dijual di sebuah pasar raya di Shanghai. (Foto oleh Wang Chu)

    Ceri dari Chile dijual di sebuah pasar raya di Shanghai. (Foto oleh Wang Chu)

    China juga telah berusaha untuk menggalakkan penyelarasan dasar, penjajaran kawal selia dan inovasi institusi, menghapuskan halangan kepada kerjasama serantau dan menjadikan ‘kesalinghubungan peraturan’ lebih lancar dan cekap.

    Di Pintasan Youyi, juga dikenali sebagai Pintasan Persahabatan di sempadan China-Vietnam, pemandu lori boleh mendapat kelulusan kastam dalam hanya beberapa saat melalui sistem pra-pendaftaran, pengimbasan kendiri dan pengesahan pantas yang diperkemas, dengan purata masa pemeriksaan kurang daripada 15 saat setiap kenderaan.

    Di bawah model penyeliaan khas yang dilancarkan oleh Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao, buah-buahan segar dari Thailand boleh sampai ke Guangzhou, Provinsi Guangdong dalam masa hanya tujuh jam dan Beijing dalam masa 30 jam sahaja.

    Melalui Rangkaian E-Pelabuhan Model Asia-Pasifik, Jendela Tunggal Perdagangan Antarabangsa China (Shanghai) telah mewujudkan hubungan data hujung ke hujung yang mematuhi peraturan dengan ekonomi lain, mengoptimumkan aliran data kastam dan mewujudkan saluran pelepasan rentas sempadan berdasarkan perdagangan, logistik, dokumentasi dan data kastam.

    Kesalinghubungan bukan sekadar mengenai infrastruktur dan perdagangan, tetapi juga mengenai hubungan antara manusia. China telah giat mempromosikan pertukaran budaya dan sosial untuk mengukuhkan ikatan persahabatan di seluruh rantau ini.

    Untuk rekod, China telah memperluas dasar bebas visa dan memperkenalkan beberapa langkah untuk memudahkan pelawat asing. Pada separuh pertama tahun ini, 13.64 juta warga asing memasuki China tanpa visa, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 53.9 peratus.

    Seorang pelajar Malaysia (kiri) mempelajari tenunan tali tradisional tempatan di Universiti Sains dan Teknologi Vokasional Linyi di Linyi, Provinsi Shandong. di timur China, pada 11 September 2025. (Foto oleh Yin Zhaogong)

    Seorang pelajar Malaysia (kiri) mempelajari tenunan tali tradisional tempatan di Universiti Sains dan Teknologi Vokasional Linyi di Linyi, Provinsi Shandong. di timur China, pada 11 September 2025. (Foto oleh Yin Zhaogong)

    China telah memperkukuh hubungan budaya serantau dengan menganjurkan Persidangan Dialog Tamadun Asia dan menubuhkan Pusat Kebudayaan Cina di negara-negara termasuk Thailand, Malaysia, Australia dan New Zealand. Inisiatif seperti Festival Filem Cina dan sambutan Selamat Tahun Baru Cina telah memupuk persefahaman awam dan membina muhibah yang berkekalan, memperkukuh asas kerjasama serantau.

    China merupakan peserta penting dalam kerjasama serantau dan integrasi ekonomi di Asia Pasifik, rakan perdagangan utama bagi ekonomi Asia Pasifik dan penghubung utama dalam rantaian perindustrian dan bekalan serantau.

    Untuk tiga suku pertama 2025, nilai import dan eksport keseluruhan China mencapai RMB33.61 trilion (AS$4.73 trilion), iaitu meningkat 4 peratus dari tahun ke tahun, manakala sebanyak 48,921 perusahaan pelaburan asing baharu telah ditubuhkan serata negara, atau peningkatan sebanyak 16.2 peratus.

    Usaha China ke arah pembukaan bertaraf tinggi telah meningkatkan tarikan perdagangan asing dan memperkukuh kapasitinya untuk menarik pelaburan asing, memupuk jaringan rantai bekalan dan industri yang lebih terbuka dan inklusif di serata Asia Pasifik.

    Menerusi platform utama seperti Ekspo Import Antarabangsa China, Pameran Import dan Eksport China, Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan, Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China dan Ekspo Rantai Bekalan Antarabangsa China, China telah mengubah ‘rantai bekalan’ kepada ‘rantai kejayaan bersama’ untuk kerjasama antarabangsa.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频