<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Menteri Luar China, Jerman Adakan Perbualan Menerusi Telefon

    (CRI)Selasa 04 November 2025

    Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan dengan rakan sejawatnya dari Jerman Johann Wadephul pada Isnin, atas permintaan pihak Jerman.

    Wang berkata, sebagai dua negara besar dan kuasa ekonomi penting di pentas dunia, China dan Jerman mengekalkan perkembangan hubungan mantap sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara dan juga dunia.

    Beliau mengakui bahawa adalah wajar wujudnya perbezaan pendapat antara China dan Jerman kerana kedua-dua negara ini mempunyai sejarah, kebudayaan dan sistem sosial yang berbeza.

    Oleh itu, menurut Wang, kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi dan dialog, meningkatkan pemahaman, mengurangkan kesalahfahaman, mengukuhkan rasa saling percaya, serta mengelakkan "diplomasi mikrofon".

    Wang Yi berkata, isu Taiwan ialah urusan dalaman China yang berkait rapat dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara ini. Manakala prinsip satu China ialah asas politik yang paling penting bagi hubungan China-Jerman.

    "China pernah memberikan sokongan tanpa syarat kepada penyatuan semula Jerman. Oleh itu, Jerman yang pernah mengalami kesakitan pemisahan, diharap dapat memberikan sokongan penuh kepada China dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah serta menentang segala kegiatan 'pemisah Taiwan'.

    "China dan Jerman dikehendaki menyusun rangka dasar yang lebih mantap dan lestari, supaya memastikan hubungan dua hala selalu berada di landasan betul," ujar Wang.

    Wadephul pula menyatakan bahawa Jerman amat mementingkan hubungan dengan China.

    Beliau mengulangi pendirian tegas negara itu dalam mengekalkan dasar satu China, di samping menzahirkan kesediaan untuk merapatkan komunikasi dan dialog dengan China dalam pelbagai bidang.

    Di samping itu, Wadephul menegaskan bahawa pihaknya bersedia mengurangkan perselisihan pendapat dengan China demi mendorong perkongsian strategik segenap aspek China-Jerman maju ke depan.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频