<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Naib Presiden China Berikrar untuk Memperdalam Kerjasama dengan Qatar

    (CRI)Selasa 04 November 2025

    Naib Presiden China, Han Zheng menghadiri pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani sempena Sidang Kemuncak Dunia Pembangunan Sosial ke-2 di Doha pada Isnin.

    Pada pertemuan itu, Han turut menyampaikan ucapan mesra Presiden China, Xi Jinping kepada Emir Qatar.

    Menurut Han, China menyokong Qatar dalam menganjurkan sidang tersebut dan berharap acara yang diadakan itu berjalan dengan lancar dan berjaya.

    Han berkata kepercayaan politik yang mendalam merupakan dasar untuk memperkukuhkan hubungan China-Qatar selain China juga bersedia bersama-sama Qatar melaksanakan konsensus yang dicapai ketua negara.

    Ini juga termasuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan terus memberikan sokongan yang teguh antara satu sama lain dalam isu yang melibatkan kepentingan teras masing-masing di samping memperdalam kerjasama dalam bidang seperti sumber tenaga, kecerdasan buatan dan ekonomi digital untuk mendorong hubungan perkongsian strategi China-Qatar ke tahap baharu.

    Sementara itu, Emir Qatar turut meminta Han untuk mengutuskan penghargaan kepada Presiden Xi.

    Menurut Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Qatar yang menyaksikan hubungan dua hala amat penting bagi negara teluk itu.

    Qatar menghargai persahabatan yang terjalin antara kedua-dua negara dan merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada China atas sokongan yang diberikan terhadap usaha Qatar dalam melindungi keutuhan wilayah serta kedaulatan negara.

    Qatar juga teguh mematuhi prinsip Satu China dan bersedia untuk terus mengikuti serta memahami Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China termasuk memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan China, mengukuhkan perkongsian sumber tenaga dan meningkatkan hubungan Qatar-China ke tahap yang lebih tinggi.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频