<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Xi Zahirkan Takziah kepada?Gabenor Jeneral Jamaica susulan Bencana Taufan

    (CRI)Selasa 04 November 2025

    Presiden China, Xi Jinping menzahirkan takziah kepada Gabenor Jeneral Jamaica, Patrick Allen, susulan bencana taufan yang melanda negara Caribbean itu, semalam.

    Xi berkata beliau berasa dukacita sebaik sahaja mengetahui Jamaica telah dilanda bencana taufan teruk yang mengakibatkan kematian, kecederaan dan kerugian harta benda yang besar.

    Mewakili kerajaan dan rakyat China, Xi menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terkorban serta rakyat Jamaica yang terjejas akibat taufan berkenaan.

    Jamaica merupakan rakan strategik China dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara amat erat.

    Justeru, China bersedia untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada Jamaica dan memberi sokongan kepada rakyat negara berkenaan dalam mengatasi bencana yang berlaku serta membina semula rumah mereka secepat mungkin.

    Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Qiang turut menzahirkan takziah kepada rakan sejawatnya dari Jamaica, Andrew Holness susulan bencana taufan yang berlaku di Jamaica.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频