<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Quanzhou, Wuxi Kini Sebahagian Daripada Jaringan Bandar Kreatif UNESCO

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 03 November 2025

    Seorang pelancong yang memakai hiasan kepala berbunga sedang ditatarias di sebuah studio fotografi di Kampung Xunpu, Bandar Quanzhou, Provinsi Fujian, tenggara China pada 18 Ogos 2025. Hiasan kepala berbunga Xunpu telah menjadi satu keistimewaan di Kampung Xunpu dan telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara kebangsaan pada 2008. (Xinhua/Lin Shanchuan)

    Dua bandar di China iaitu Quanzhou dan Wuxi telah disenaraikan dalam Jaringan Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Dalam satu kenyataan media pada Jumaat lalu, UNESCO mengumumkan bahawa pihaknya telah mengembangkan Jaringan Bandar Kreatifnya sempena Hari Bandar Sedunia dengan tambahan 58 bandar baharu di serata dunia termasuk Quanzhou dan Wuxi.

    Pelancong melawat Kebun Jichang pada awal musim bunga di Wuxi, Provinsi Jiangsu, timur China pada 1 Mac 2024. Kebun Jichang di Wuxi adalah kebun China klasik yang dibina pada abad ke-16, yang sangat sinonim dengan reka bentuk elegan dan suasana tenteram. (Xinhua/Mao Jun)

    Difahamkan, jaringan tersebut merangkumi lapan bidang kreatif iaitu seni bina, seni rakyat dan kraf, seni media, reka bentuk, gastronomi, sastera dan muzik.

    Untuk rekod, Quanzhou telah diangkat sebagai ‘Bandar Kreatif Gastronomi’, manakala Wuxi dinamakan sebagai ‘Bandar Kreatif Muzik’. Kedua-dua bandar menyerlah berikutan kehidupan budaya yang penuh warna, sokongan aktif buat sektor kreatif dan pendekatan inovatif untuk pembangunan bandar.

    Menurut UNESCO, dengan kesemua penambahan tersebut, jaringan itu kini mempunyai 408 bandar di serata lebih daripada 100 negara, yang kesemuanya diangkat berikutan komitmen masing-masing untuk memajukan industri kreatif dan kehidupan budaya.

    Sebuah foto sudut udara yang diambil menggunakan dron pada 21 Mei 2025 ini memperlihatkan Pagoda Zhenguo Kuil Kaiyuan di Quanzhou, Provinsi Fujian, di tenggara China. Terletak di sepanjang garis pinggir laut Provinsi Fujian, Quanzhou merupakan salah satu pelabuhan terbesar dunia di sepanjang Jalan Sutera Maritim semasa tempoh Dinasti Song (960-1279) dan Dinasti Yuan (1271-1368) China purba.

    Dilancarkan pada 2004, Jaringan Bandar Kreatif UNESCO tersebut mendukung bandar-bandar yang memanfaatkan budaya dan kreativiti untuk mencipta pekerjaan, mendorong pertumbuhan ekonomi, dan memperkukuh kepaduan sosial dengan mempromosi kemahiran, menyokong profesional kreatif dan melakukan libat urus dengan komuniti setempat.

    Antara bandar lain di China yang telah menyertai jaringan tersebut adalah Beijing, Shanghai dan Wuhan.

    Seorang pengunjung memegang tanglung berbentuk ikan di kawasan pemandangan pekan purba Huishan di Bandar Wuxi, Provinsi Jiangsu di timur China pada 25 Januari 2025. (Xinhua/Wang Xuzhong)

    Seorang pengunjung memegang tanglung berbentuk ikan di kawasan pemandangan pekan purba Huishan di Bandar Wuxi, Provinsi Jiangsu di timur China pada 25 Januari 2025. (Xinhua/Wang Xuzhong)

    Video

    看国产黄色片看国产黄色视频