- Lain-lain
 
Kawasan Tengah China Semakin Menonjol dalam Perdagangan Luar Melalui Benua Euroasia
Pada tiga suku pertama tahun ini, import dan eksport kawasan bahagian tengah China merekodkan RMB2.84 trilion (RM1.67 trilion) dengan pertumbuhan 11.4 peratus jika dibandingkan tempoh sama tahun lalu.
Angka yang direkodkan itu juga 7.4 mata peratus lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan negara.
Menurut statistik, perdagangan kawasan tersebut dengan negara-negara yang terlibat dalam pembangunan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencapai RMB1.5 trilion (RM885 bilion), meningkat 14.5 peratus sekali gus menyumbang lebih separuh dalam jumlah perdagangan luar kawasan tengah.
Ketua Jabatan Pengawasan Pintu Sempadan Kastam China di Wuhan, Li Jing berkata sejak tahun ini, kawasan tengah China menjadi semakin menonjol dalam landskap perdagangan luar, dengan memanfaatkan "Jalan Sutera Udara", Kereta Api China-Eropah, dan pengangkutan lebuh raya lintas sempadan.
Dengan adanya pelbagai saluran logistik yang menghubungkan benua Asia dan Eropah yang semakin lancar, kawasan pedalaman China seperti kawasan bahagian tengah sememang tidak ketinggalan dalam peningkatan tahap keterbukaan di peringkat kebangsaan.
- Dagangan Import China Tumbuh Stabil Tiga Suku Pertama 2025
 - Kargo Import Eksport Melalui Pintu Sempadan Khorgos Cecah 10 Juta Tan
 - Kaunti Ninghai Bekalkan Alat Tulis ke Serata Dunia
 - Pekan Ligezhuang Hasil Satu Pertiga Daripada Topi Sukan Seluruh Dunia
 - Import Eksport Barangan Hampir RMB5 Bilion di Xizang
 - Import Eksport Guangxi Catat RMB453.53 Tujuh Bulan Pertama 2025
 - Perdagangan Barangan China Catat Pertumbuhan Stabil dalam Tujuh Bulan Pertama 2025
 - Sektor E-dagang Rentas Sempadan China Catat Pertumbuhan Kukuh
 - China Terus Perhalusi Pemeriksaan Pengeksportan Nadir Bumi
 - Nilai Dagangan Import-Eksport Catat RMB12.91 Bilion di Pintu Alashankou
 
				
			



