- Lain-lain
 
Utusan Khas Presiden Xi Hadir Majlis Perasmian Muzium Agung Mesir

Atas jemputan kerajaan Mesir, Utusan Khas Presiden Xi Jinping yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Sun Yeli telah menghadiri Majlis Perasmian Muzium Agung Mesir di Kaherah pada Sabtu lalu.
Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi turut menerima kunjungan Sun dan mengadakan perbincangan ringkas sebelum menghadiri majlis berkenaan.
Sun juga menyampaikan ucapan hormat daripada Presiden Xi selain menyerahkan surat tahniah kepada Presiden Sisi.
Menurut Sun, China sangat mementingkan pembangunan hubungan dengan Mesir dan bersedia bekerjasama dengan pentadbiran Kaherah dalam melaksanakan kata sepakat yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.
Ini termasuk mendorong kerjasama dalam bidang yang substantif, memperluas interaksi sosiobudaya, serta terus menambah elemen baharu ke dalam hubungan rakan strategik komprehensif China-Mesir.
Sementara itu, Presiden Sisi juga menzahirkan penghargaan kepada Presiden Xi dan menyampaikan ucapan terima kasih atas surat tahniah yang diberikan dan kesudian China menghantar utusan khas untuk menghadiri majlis perasmian muzium berkenaan.
Beliau juga menyatakan kesediaan Mesir untuk sentiasa meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang supaya mendorong hubungan kedua-dua negara mencapai kemajuan yang lebih signifikan.
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Mesir
 - PM Li Bertemu Speaker Dewan Perwakilan Mesir
 - China Sedia Bekerjasama dengan Mesir Galakkan Rundingan Damai di Timur Tengah
 - Xi Bertemu Presiden Mesir
 - Presiden China, Mesir Adakan Perbincangan
 - Xi Tahniah Al-Sisi Kekal Presiden Mesir
 - China, Mesir Tandatangan Dokumen Tingkatkan Kerjasama Aeroangkasa
 - Lawatan Rasmi Li Xi di Mesir
 - China Bantu Mesir Tangani Perubahan Iklim
 
				
			



