<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Mesir Sempena Pembukaan Muzium Mesir Besar

    (CRI)Isnin 03 November 2025

    Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi atas pembukaan Muzium Mesir Besar, pada Sabtu.

    Beliau percaya Muzium Mesir Besar akan meninggalkan tanda gemilang dalam sejarah kebudayaan Mesir, sekali gus memainkan peranan penting dalam memelihara dan mewariskan tamadun Mesir purba.

    Beliau menyatakan bahawa China dan Mesir mempunyai hubungan persahabatan yang bersejarah lama, manakala perkongsian strategik komprehensif China-Mesir semakin diperkukuh khususnya sejak beberapa tahun lalu.

    Di samping itu, pertukaran rakyat dengan rakyat dan kebudayaan antara kedua-dua negara ini semakin dipergiat. Pameran Besar Artifak Mesir Purba berjaya diadakan di Muzium Shanghai, manakala kumpulan ahli arkeologi kedua-dua negara sedang bekerjasama di bawah piramid Saqqara untuk meneroka misteri tamadun Mesir purba.

    Xi berkata beliau amat gembira melihat dua tamadun purba ini semakin mendekati, manakala hubungan rakyat kedua-dua semakin dirapatkan.

    Tatkala dunia kini mengalami transformasi pesat yang tidak pernah berlaku dalam seabad lalu, menurut Xi, China dan Mesir sebagai dua negara tamadun purba, harus memperkasakan pertukaran dan saling pembelajaran antara tamadun, menyuntik momentum baharu kepada perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-Mesir, serta menyumbangkan kekuatan tamadun kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频