<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Naib Presiden China Lawat Kuwait

    (CRI)Isnin 03 November 2025

    Naib Presiden China, Han Zheng melakukan lawatan ke Kuwait dan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan beberapa pemimpin tertinggi negara itu termasuk Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Sabah dan Perdana Menteri Sheikh Ahmad Al-Abdullah Al-Sabah di Bandar Kuwait pada 1 hingga 2 November. 

    Semasa mengadakan pertemuan dengan Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Han berkata China bersedia memperdalam kepercayaan politik bersama Kuwait dan melaksanakan dokumen kerjasama bilateral yang dicapai pemimpin negara bagi mencapai kemajuan signifikan dengan segera sekali gus menggalakkan perkongsian strategik antara kedua-dua negara.

    Selain itu, China juga menghargai sokongan berterusan Kuwait dalam memajukan kerjasama antara China dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta berharap Kuwait akan memainkan peranan positif sebagai pengerusi bergilir GCC.

    Dalam pada itu, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pula berkata Kuwait memuji dan menyokong empat inisiatif global yang diketengahkan Presiden Xi Jinping terutamanya Inisiatif Tadbir Urus Global yang dikemukakan baru-baru ini, mengamalkan dasar Satu China, membangun bersama "Jalur dan Laluan", melaksanakan dokumen kerjasama dua hala dan memajukan hubungan bilateral ke tahap yang lebih tinggi.

    Ini juga termasuk menggalakkan penaiktarafan kolaborasi antara negara-negara GCC, negara-negara Arab dengan China.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频