<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Motosikal Roda Tiga Elektrik Buatan China Mengharum di Luar Negara

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 03 November 2025

    Motosikal roda tiga yang dipasang di sebuah kilang milik sebuah syarikat di kaunti Fengxian, Xuzhou, Provinsi Jiangsu di timur China. (Foto dari akaun rasmi WeChat Pejabat Maklumat Xuzhou)

    Motosikal roda tiga yang dipasang di sebuah kilang milik sebuah syarikat di kaunti Fengxian, Xuzhou, Provinsi Jiangsu di timur China. (Foto dari akaun rasmi WeChat Pejabat Maklumat Xuzhou)

    Mutakhir ini, lima kontena yang membawa 200 motosikal roda tiga elektrik berlepas dari daerah Xishan, Wuxi, Provinsi Jiangsu di timur China untuk ke Pelabuhan Shanghai sebelum di hantar ke Ecuador.

    Aktiviti tersebut menandakan kali pertama syarikat pembuatan motosikal di Wuxi yang mengeksport produknya ke Ecuador. Difahamkan, motosikal roda tiga yang dihasilkan oleh syarikat itu telah dijual ke lebih 40 negara dan wilayah, dengan jumlah eksport mencapai hampir 70,000 unit pada tahun ini, iaitu peningkatan 40 peratus berbanding tahun terdahulu.

    Pada penghujung 2023, satu video pendek telah tular tanpa dijangka, yang menunjukkan seorang wanita China memberi hadiah sebuah motosikal roda tiga elektrik kepada bapa mentua di Amerika Syarikat. Video warga emas yang sedang memandu kenderaan itu menggamit penonton berikutan rekaannya yang unik, di samping suara notifikasi kenderaan sedang berundur yang ikonik dalam bahasa Mandarin.

    Hanya dengan satu video tersebut, motosikal roda tiga elektrik tidak menunggu lama untuk menjadi sensasi di luar negara.

    Dari kejiranan di Amerika Utara ke pasaran Asia Tenggara; dari estet Amerika Selatan ke pekan-pekan Asia Tengah, motosikal roda tiga elektrik yang dihasilkan di China itu telah menjadi satu lagi simbol baharu yang mempamerkan pembuatan China sedang ke serata dunia.

    Kaunti Fengxian di Xuzhou, Provinsi Jiangsu dikatakan sinonim dengan pertaniannya yang sedang meledak. Pada suatu ketika dahulu, ia mempunyai kebun buah-buahan yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk tempatan. Pada 1980-an, basikal roda tiga perlahan-lahan menjadi barangan kegunaan rumah yang biasa digunakan bagi memudahkan pengangkutan buah-buahan.

    Seorang warga Amerika menaiki motosikal roda tiga buatan China. (Tangkap layar sebuah klip video)

    Seorang warga Amerika menaiki motosikal roda tiga buatan China. (Tangkap layar sebuah klip video)

    Sekitar tahun 2000, motosikal roda tiga membuat kemunculannya. Kang Yunqing, seorang petani di kaunti Fengxian telah mengubahsuai basikal tiga roda kepada motosikal roda tiga elektrik. Pada 2002, Kang menubuhkan kilang kenderaan elektrik, yang seterusnya menyaksikan industri motosikal roda tiga elektrik di kaunti itu akhirnya menjadi salah satu pangkalan pengeluaran motosikal elektrik roda tiga terbesar di China.

    Hari ini, kaunti Fengxian telah membangunkan sistem rantai bekalan dan rantai industri yang komprehensif untuk motosikal roda tiga.

    Kaunti itu menempatkan lebih 1,000 perusahaan yang terlibat dalam pembuatan motosikal roda tiga yang lengkap serta pengeluaran komponen dan alat, yang meliputi lebih daripada 60 peratus daripada pasaran motosikal roda tiga elektrik tempatan dan lebih daripada 95 peratus pasaran motosikal. Produk tersebut turut dieksport ke lebih 130 negara dan wilayah.

    Faktor jimat kos disifatkan sebagai jawapan kepada persoalan mengapa ia menjadi pilihan dalam kalangan pengguna luar negara.

    “Di Amerika Syarikat, ramai pemilik ladang yang teruja untuk membeli motosikal roda tiga elektrik. Terdahulu, pengangkutan utama mereka adalah trak pikap, yang setiap satunya bernilai AS$20,000, berbanding dengan motosikal roda tiga elektrik yang bernilai hanya beberapa ribu dolar Amerika.

    “Ia fleksibel, mudah dan sangat sesuai untuk pengangkutan jarak dekat dan pengurusan alat-alat di ladang,” ujar Ni Xiaofeng, pengurus besar sebuah syarikat pembuatan motosikal di Wuxi.

    Selain daripada kos yang murah, motosikal roda tiga elektrik yang tidak memerlukan petrol juga menjadikan kos pengoperasian lebih murah secara signifikan. Ia juga seiringan dengan trend pembangunan mesra alam dan hijau, sekali gus membuatkan ia lebih popular dalam kalangan pengguna luar negara.

    Liu Yinhu, ketua sebuah syarikat industri motosikal roda tiga elektrik di Jiangsu menjelaskan bahawa syarikatnya telah mengeksport produk ke 15 negara dan wilayah.

    Seorang warga Amerika menaiki motosikal roda tiga buatan China. (Foto oleh National Business Daily)

    Seorang warga Amerika menaiki motosikal roda tiga buatan China. (Foto oleh National Business Daily)

    “Kami membuat pengubahsuaian penyesuaian untuk pasaran yang berbeza seperti penambahbaikan julat bateri dan pengolahan anti karat,” ujar beliau.

    Daripada label bahasa Inggeris kepada pematuhan piawaian keselamatan setempat; daripada pengolahan anti karat untuk wilayah tropika kepada penebatan bateri untuk iklim sejuk, setiap perincian mencerminkan ketelitian dalam pembuatan China.

    Di sebalik motosikal roda tiga elektrik, pelbagai kenderaan elektrik khusus dari China termasuk van penghantar, kereta ronda, dan kenderaan pembersih dengan tekanan yang tinggi dilihat sedang memenuhi keperluan pelanggan global di serata senario penggunaan.

    Eksport roda tiga elektrik China adalah contoh jelas kepada transformasi dan penaiktarafan pembuatan China. Dengan memanfaatkan kos rendah untuk memasuki pasaran serta inovasi untuk menjamin pertumbuhan, kesemua produk China itu bukan sahaja telah menghidupkan semula pembuatan China, malah mempamerkan kekuatan inovatif China kepada dunia.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频