- Lain-lain
 
Harap Bersama AS Laksana Hasil Rundingan Dagangan: MOFCOM

China berharap dapat bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk melaksanakan hasil dicapai dalam rundingan ekonomi dan perdagangan di Kuala Lumpur, sekali gus menyuntik unsur kepastian kepada kerjasama dua negara serta ekonomi global.
Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) He Yongqian membuat kenyataan itu dalam sidang media pada Khamis susulan MOFCOM mengumumkan hasil utama rundingan berkenaan menerusi laman sesawangnya.
Menurut beliau, antara hasil dicapai melibatkan tindakan Seksyen 301 AS terhadap sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal China, lanjutan tempoh penangguhan tarif timbal balik, tarif berkaitan fentanyl dan kerjasama penguatkuasaan undang-undang, perdagangan pertanian serta kawalan eksport.
Jurucakap itu berkata kemajuan tersebut menunjukkan bahawa di bawah bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara, China dan AS mampu menemui penyelesaian isu berkenaan menerusi dialog dan kerjasama berasaskan prinsip sama rata, saling hormat dan manfaat bersama.
- Xi, Trump Adakan Pertemuan di Busan
 - China, AS Diharap Bertindak Sehaluan
 - China, AS akan Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan di Malaysia
 - China, AS Setuju Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Pusingan Baharu
 - China Bukan Musuh, Sebaliknya Teladan yang Berjaya -- Prof Jeffrey Sachs
 - China, AS Perlu Perluas Kerjasama: Duta China
 - Hubungan China-AS yang Sihat Bawa Manfaat kepada Dunia -- PM Li Qiang
 - China Tidak Akan Abaikan Prinsip, Syarikat, Untuk Capai Perjanjian
 - Untung Bersama Jadi Pegangan, Isu Ekonomi Rungkai Melalui Rundingan
 - Menteri Pertahanan China, AS Berbincang Menerusi Panggilan Video
 
				
			



