<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China Tambah Lebih 10 Juta Pekerjaan Bandar Baharu Sepanjang Jan-Sep

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 30 Oktober 2025

    Pencari kerja mempelajari maklumat pekerjaan di pekan Nanfeng, provinsi Jiangxi. (foto/Xie Feng)

    Pencari kerja mempelajari maklumat pekerjaan di pekan Nanfeng, provinsi Jiangxi. (foto/Xie Feng)

    Agensi berita Xinhua pada Rabu melaporkan bahawa China telah mencipta sejumlah 10.57 juta pekerjaan bandar yang baharu untuk sembilan bulan pertama tahun 2025, sekali gus mencapai 88 peratus daripada sasaran tahunannya.

    Cui Pengcheng, jurucakap Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial dalam satu sidang media memaklumkan bahawa tinjauan kadar pengangguran bandar direkodkan sebanyak 5.2 peratus pada September, yang menunjukkan penurunan 0.1 mata peratusan berbanding bulan terdahulu.

    Tambah beliau, China juga telah melipatgandakan usaha untuk mengekalkan pasaran kerja yang stabil, seterusnya mempercepat pelaksanaan langkah untuk menyokong usaha pengambilan kerja.

    Lapor Xinhua, China menyasarkan kadar pengangguran bandar yang ditinjau pada kadar sekitar 5.5 peratus pada 2025, dan mahu mencipta lebih daripada 12 juta pekerjaan bandar yang baharu pada tahun ini

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频