<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Landskap Indah Harmoni Pemulihan Semula Luar Bandar Terbentang di China

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 30 Oktober 2025

    Pemandangan kampung Dongluo di pekan Qianduo, Xinghua, Provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Tang Dehong)

    Pemandangan kampung Dongluo di pekan Qianduo, Xinghua, Provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Tang Dehong)

    Empat lagi kampung China dimasukkan ke dalam senarai ‘Kampung Pelancongan Terbaik’ di bawah Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (UNWTO) pada untuk tahun 2025, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 19 buah.

    Kesemua kampung yang setiap satunya mempunyai keunikan dari sudut landskap, warisan budaya dan model pembangunan itu secara kolektifnya menunjukkan komitmen China terhadap perlindungan ekologi dan pemulihan semula luar bandar yang komprehensif.

    Pengumuman untuk tahun 2025 itu juga berbetulan dengan ulang tahun ke-20 anjuran konsep ‘gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak’ -- yang turut dikenali sebagai teori ‘Dua Gunung’.

    Menjadikan ia lebih signifikan, pengumuman itu telah diadakan di Huzhou, Provinsi Zhejiang di timur China, iaitu tempat konsep itu diperkenal.

    Falsafah tersebut terkandung baik dalam setiap kampung yang mendapat pengiktirafan itu.

    Kampung Digang di Zhejiang memelihara sistem kolam-ikan daik-mulberi yang paling lengkap di dunia, dengan mencapai sifar pencemaran ekologi.

    Kampung Jikayi di Sichuan yang terletak berdekatan dengan Kawasan Perlindungan Panda Gergasi Sichuan Tapak Warisan Semula Jadi Dunia dan Jaringan Rizab Biosfera Dunia pula telah membangunkan ekosistem pertanian tiga dimensi tanah tinggi.

    Manakala, Kampung Huanggang di Guizhou pula mempunyai kadar liputan hutan sebanyak 85 peratus dan 2,300 mu (sekitar 153 hektar) ladang berteres, yang sekali gus melindungi keaslian pemandangan semula jadinya.

    Bagi Kampung Dongluo di Jiangsu, dengan jalan airnya yang berselang dan ladang tinggi nan indah, ia seolah-olah membawa lukisan menjadi realiti.

    Setiap satu kampung tersebut telah mengejar laluan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan setempat, iaitu mengharmonikan keindahan ekologi, daya hidup industri dan kemakmuran luar bandar.

    Dengan panduan teori ‘Dua Gunung’, China sentiasa mengutamakan perlindungan ekologi, memelihara sumber dan menggunakannya dengan cekap, selain mengejar pembangunan rendah karbon dan hijau. Seiring dengan jutaan orang yang mengikuti haluan tersebut, mereka menikmati manfaat daripada pertumbuhan mampan.

    Di serata China, boleh dilihat terbentangnya landskap moden yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi.

    Di tengah-tengah usaha pemulihan semula luar bandar tersebut adalah usaha pemulihan semula industri. Dengan merangkul kekuatan masing-masing, komuniti desa di serata China telah menerokai budaya tempatan dan sumber yang unik untuk memupuk industri baharu seperti pelancongan luar bandar, ekopertanian, dan kreativiti kebudayaan.

    Pendekatan ‘satu industri mendorong banyak industri lain’ tersebut telah menawarkan pengajaran bernilai untuk pembangunan luar bandar yang mampan di serata dunia.

    Pemandangan kampung Digang di pekan Hefu, daerah Nanxun, Huzhou, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto oleh Ji Haixin)

    Pemandangan kampung Digang di pekan Hefu, daerah Nanxun, Huzhou, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto oleh Ji Haixin)

    Di kampung Shibadong yang terletak di Provinsi Hunan, tengah China, industri sulaman Miao, inap desa tempatan dan produk keistimewaan pertanian yang istimewa telah berkembang mekar. Kampung Huanggang telah mempromosi pemulihan semula luar bandar yang komprehensif menerusi pemeliharaan holistik warisan budaya tidak ketara. Kampung Jikayi pula telah menerokai sebuah model yang menyaksikan ekologi dan tradisi etnik saling melengkapi antara satu sama lain.

    Pelancongan luar bandar bukan sekadar membuatkan kampung-kampung kelihatan lebih cantik, malah turut mengubah penduduk kampung menjadi lebih makmur. Hari ini, menginap di rumah tamu kampung, mencuba hidangan tempatan dan membeli produk istimewa tempatan telah menjadi trend baharu dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar.

    Pada 2024, sektor pertanian senggang China menjana sebanyak hampir RMB900 bilion dalam hasil, iaitu peningkatan sebanyak RMB50 bilion berbanding dengan 2020.

    Setiausaha agung UNWTO, Zurab Pololikashvili berkata bahawa inisiatif Kampung Pelancongan Terbaik telah menyuntik momentum kuat terhadap transformasi luar bandar, selain turut membantu dalam membina masa depan yang lebih mampan.

    Seiring dengan usaha China untuk memajukan pembinaan kampung-kampung cantik, ia juga turut menjalin estetika China tradisional ke dalam perlindungan dan pembangunan luar bandar. Usaha telah dilakukan untuk menambah baik keselesaan persekitaran kehidupan dan infrastruktur, serta menaik taraf perkhidmatan awam, membawa daya hidup yang baharu, memperdalam kekayaan kebudayaan, dan kehidupan tempatan yang lebih bertenaga kepada kampung-kampung purba.

    ‘Gala kampung’ yang penuh bertenaga, ‘lagu-lagu kampung’ yang popular, dan ‘tarian dataran’ yang segar – kesemuanya mencerminkan semangat rakyat China dan daya hidup khususnya di kawasan desa negara Tembok Besar.

    Pemandangan kampung Huanggang di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (Foto oleh Yu Xiangquan)

    Pemandangan kampung Huanggang di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (Foto oleh Yu Xiangquan)

    Keindahan kawasan luar bandar China terletak di dalam harmoni antara perlindungan ekologi dan pembangunan ekonomi; di dalam gabungan budaya tradisional dan peradaban moden; dan di dalam peningkatan berterusan terhadap rasa puas, kebahagiaan dan keselamatan orang ramai.

    Semasa tempoh Pelan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025), China telah mengutamakan pembangunan luar bandar dan pertanian, melaksanakan strategi pemulihan luar bandar secara mendalam, dan mencapai kejayaan bersejarah, sekali gus menyediakan asas kukuh untuk mentransformasi negara daripada negara pertanian utama kepada penjana pertanian.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频