<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • CAFTA 3.0 Suntik Momentum Lebih Kuat untuk Kerjasama Terbuka Serantau

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 30 Oktober 2025

    Tatkala fahaman sepihak dan perlindungan (atau unilateralisme dan proteksionisme) kian berleluasa, China dan ASEAN mengambil langkah tegas dengan memberikan lebih banyak kepastian kepada pembangunan serantau dan global.

    Pada 28 Oktober, kedua-dua pihak menandatangani protokol penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 3.0 di Kuala Lumpur, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama terbuka mereka, selain turut menyediakan momentum kukuh bagi pembinaan ekonomi global yang terbuka pada masa yang kritikal.

    Penaiktarafan tersebut merupakan hasil utama daripada konsensus yang dicapai oleh para pemimpin pada sidang kemuncak ulang tahun ke-30 hubungan China-ASEAN dan sejajar dengan komitmen China terhadap pembukaan tahap tinggi.

    Kerjasama yang dipertingkat antara ekonomi kedua dan kelima terbesar di dunia ini mencerminkan visi bersama, dan bukan sekadar pertumbuhan angka. Sejak dilancarkan pada tahun 2010, CAFTA ini yang berkembang daripada pengurangan tarif kepada akses pasaran untuk perkhidmatan, dan kini kepada penyelarasan peraturan, telah menunjukkan keutuhan hubungan ekonomi yang berterusan.

    CAFTA 3.0 akan membina pasaran berskala besar dan masa depan bersama. Kedua-duanya telah menjadi rakan dagang terbesar antara satu sama lain selama lima tahun berturut-turut, dengan nilai dagangan hampir mencecah AS$1 trilion pada tahun 2024 dan jumlah pelaburan dua hala melebihi AS$450 bilion setakat Julai tahun ini.

    Difahamkan, penaiktarafan itu juga antara lainnya akan menggalakkan industri digital dan hijau, menyelaraskan piawaian, serta menambah baik infrastruktur dan ketersambungan rantaian bekalan, seterusnya memacu integrasi yang lebih mendalam dan pertumbuhan yang stabil.

    Bagi pihak perusahaan, perjanjian tersebut tentunya akan membuka peluang untuk membina rantaian bekalan yang lebih kukuh dan berdaya tahan.

    Komitmen kukuh terhadap multilateralisme dan perdagangan bebas turut menjadi antara keutamaan dalam penaiktarafan CAFTA tersebut.

    Dengan berlatarbelakangkan ketegangan geopolitik, China dan ASEAN sedang mendepani ketidaktentuan dengan kepastian melalui kerjasama. Semua pihak bertekad untuk mewujudkan pasaran serantau yang terbuka berasaskan peraturan, serta rantaian bekalan yang kukuh akan mencipta peluang perniagaan, meningkatkan pertumbuhan serantau dan global, selain turut menjadi contoh positif bagi kerjasama ekonomi antarabangsa.

    Kerjasama terbuka dan manfaat bersama adalah teras kepada pemodenan China. Pada awal 2025, China telah menandatangani 23 FTA dengan 30 rakan. Ketika China memperluas pembukaannya, mempromosikan inovasi perdagangan, dan memperdalam kerjasama pelaburan—termasuk melalui Inisiatif Jalur dan Laluan dengan kerjasama yang berkualiti tinggi, ia turut mencipta manfaat bersama dengan rakan-rakannya. Pada masa hadapan, China akan kekal sebagai sauh kestabilan dan enjin pertumbuhan bagi ekonomi dunia.

    Globalisasi ekonomi adalah trend yang tidak dapat dihentikan. China akan terus menegakkan multilateralisme dan kerjasama terbuka, berkongsi peluang dan mencapai kejayaan bersama melalui keterbukaan. Ia akan mempromosikan globalisasi yang inklusif dan ekonomi dunia yang terbuka, menuju ke arah masa depan yang lebih baik untuk semua.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频