- Lain-lain
 
China Seru Perhebat Kemandirian 'Selatan Global' dalam Pembangunan Sejagat
Kerjasama antara pelbagai negara 'Selatan Global' telah membuka laluan baharu dan mendatangkan penggerak bahuru kepada pertumbuhan ekonomi di sebalik situasi dunia yang penuh dengan cabaran serius, manakala kedamaian dan pembangunan tetap wujud sebagai arus perdana dalam perkembangan zaman.
Demikian dinyatakan Timbalan Pengarah Tetap Pusat Pengetahuan Pembangunan Antarabangsa China, Wang Jinzhao baru-baru ini.
Menurut Laporan Pembangunan Global (GDR) 2025 yang bertema "Berganding Bahu Menyuntik Kestabilan dan Kepastian kepada Pembangunan Global" yang dikeluarkan China pada Selasa, negara-negara 'Selatan Global' membawa pengaruh yang semakin besar di pentas dunia, disokong oleh peningkatan perekonomiannya dalam keseluruhan global yang melonjak daripada 25 peratus pada tahun 1980-an kepada lebih 40 peratus pada tahun lepas.
Sementara itu, nisbah perdagangan barangan 'Selatan Global' dalam keseluruhan dunia juga meningkat dari 30 peratus pada tahun 2000 kepada 45 peratus buat masa sekarang.
Dalam konteks sedemikian, hendaklah meningkatkan kerelevanan dan menambah suara 'Selatan Global' dalam hal ehwal antarabangsa, di samping memperkasa kemandirian blok itu melalui peningkatan pelaburan dalam industri pembuatan, rendah karbon dan infrastruktur digital.
Kumpulan pemikir China dalam rangka Inisiatif Pembangunan Global (GDI) telah mengeluarkan laporan seumpama itu untuk empat tahun berturut-turut.
Menurut laporan edisi keempat itu, dunia yang berada dalam pergolakan yang rumit dan drastik dewasa ini, terpaksa menghadapi semakin banyak unsur yang tidak menentu dan tidak stabil.
Terdapat lebih 1,200 halangan perdagangan diskriminatif yang dikesan wujud di seluruh dunia pada 2024, yang bertubi-tubi memberi dampak kepada pertumbuhan ekonomi dan tata tertib perdagangan global.
Selain itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) yang muncul sebagai pemangkin pembangunan berkemungkinan juga membawa sejumlah risiko dalam bidang keselamatan dan permasalahan dalam bidang tadbir urus.
- China Diharap Mainkan Peranan Lebih Besar dalam Pembangunan Selatan Global
 - Mesyuarat Menteri Luar BRICS Keluar Kenyataan Pengerusi Tekan Kerjasama Selatan Global
 - China Zahir Tahniah Kepada Indonesia Atas Keanggotaan Penuh BRICS
 - China Terus Dorong "Selatan Global" Menyumbang kepada Kemajuan Manusia
 - Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah ke-5 di Chengdu
 - Tinjauan CGTN: Hubungan China-Brazil Jangkaui Dua Hala, Untungkan "Selatan Global"
 - Naib PM China Seru Usaha Bersama Global, Bina Masa Depan Digital
 - Perikatan Kumpulan Pemikir Selatan Global Ditubuh
 - "Selatan Global" Diseru Galakkan Bersama Globalisasi yang Inklusif
 - Xi Utus Tahniah Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global
 
				
			



