- Lain-lain
 
PM Li Hadir Sidang Kemuncak RCEP di Kuala Lumpur
Perdana Menteri China Li Qiang menghadiri Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-5 di Kuala Lumpur, Malaysia pada Isnin.
Dalam sidang tersebut, Li menyeru supaya semua pihak terlibat memperkukuh koordinasi dalam menangani pelbagai cabaran dan memacu pembangunan.
Beliau berkata semua pihak perlu bersikap lebih terbuka dalam membina pasaran besar serantau, bertindak lebih proaktif untuk mendorong penaiktarafan perjanjian berkenaan, dan berdiri lebih teguh bagi memelihara sistem perdagangan multilateral.
Ujarnya, China ingin bekerjasama dengan semua pihak untuk mengumpul kebijaksanaan dan tenaga bagi menggerakkan kerjasama di bawah rangka perjanjian RCEP membuahkan lebih banyak hasil.
Para pemimpin yang hadir berkata semua pihak harus berusaha mencapai lebih banyak hasil substantif dalam bidang perdagangan, pelaburan, inovasi, ekonomi digital dan lain-lain, serta menjaga sistem perdagangan multilateral yang bebas, adil dan terbuka.
- Persekutuan Baharu Untuk Lindungi Warisan Budaya RCEP
 - Perdagangan China dengan Negara Anggota RCEP Catat Peningkatan
 - Nanning Lancar Acara Bertemakan Buah-buahan ASEAN
 - China Puji Pencapaian Pelaburan, Perdagangan RCEP
 - China Kekal Mantap Laksanakan Perjanjian RCEP Secara Komprehensif
 - RSU di Bawah RCEP Beroperasi Secara Rasmi
 - Jumlah Dagangan Kemboja dengan Negara RCEP Meningkat Lebih AS$25 Bilion
 - Perdagangan Buah-buahan Antara China, ASEAN Berkembang Maju
 - ‘Demam’ Durian di China Kini Merebak ke Snek, Teh Susu, Stimbot
 - Banyak Perusahaan RCEP Mahu Manfaatkan CICPE Berkembang di China
 
				
			



