- Lain-lain
 
HSR Terpantas Dunia Cecah Kelajuan 453 Kilometer Sejam Ketika Diuji

Foto menunjukkan dua prototaip EMU CR450 diletakkan di Depoh EMU Yichang di Provinsi Hubei, China. (People’s Daily/Tang Ying)
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa kereta api paling laju di dunia iaitu CR450 telah memulakan percubaan pra-perkhidmatan pada laluan kereta api laju (HSR) di China, dengan kelajuan kereta api tunggal mencecah 453 kilometer sejam.
Memetik Science and Technology Daily, Xinhua memaklumkan bahawa siri CR450 itu dihasilkan dengan kelajuan ujian maksimum sehingga 450 kilometer sejam dan kelajuan perkhidmatan komersial sehingga 400 kilometer sejam, dan kini sedang melalui fasa percubaan kelayakan untuk HSR yang menghubungkan Shanghai dan Chengdu.
Difahamkan, HSR itu boleh mencapai kelajuan dari sifar ke 350 kilometer sejam dalam tempoh 4 minit dan 40 saat, dan dua kereta api telah menetapkan rekod dengan melepasi satu sama lain pada kelajuan gabungan 896 kilometer sejam.
Berbanding pendahulu iaitu CR400, CR450 mempunyai ciri yang lebih panjang, muncung yang lebih bergaya, garis bumbung yang 20 sentimeter lebih rendah, serta pengurangan berat sebanyak 50 tan, sekali gus mengurangkan seretan aerodinamik sebanyak 22 peratus.
Ketika ini, HSR CR400 Fuxing sedang beroperasi pada kelajuan 350 kilometer sejam. CR450 akan perlu melepasi perjalanan 600,000 kilometer tanpa sebarang masalah sebelum dibenarkan untuk membawa penumpang.
- Lima Dekad Elektrifikasi: Kereta Api China Sentiasa di Barisan Hadapan Dalam Era Pintar
 - Syarikat China Tandatangani Projek Kereta Api Chile
 - Industri Global Tumpukan ke HSR China Untuk Ketersambungan, Pertumbuhan Global
 - Ikuti Pelajar Malaysia Naik Rel Hangzhou-Wenzhou
 - China Akan Sumbang Lebih Banyak Kebijaksanaan, Teknologi Buat Pembangunan HSR Global
 - Rel China Catat Rekod Dengan 1.46 Bilion Perjalanan Dalam 4 Bulan
 - Prototaip CR450, HSR Paling Laju China Buat Kemunculan Sulung di Beijing
 - Jaringan HSR China Sepanjang 47 Ribu Kilometer dalam Keadaan Operasi
 - HSR Baharu Laluan Shanghai-Suzhou-Huzhou Mula Beroperasi Esok
 - Operasi Harian Tren Buatan China di Lagos, Nigeria
 
				
			



