<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China Keluarkan Laporan tentang Pelaksanaan Peraturan WTO AS pada 2025

    (CRI)Isnin 20 Oktober 2025

    Kementerian Luar China telah mengeluarkan Laporan tentang Pelaksanaan Peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Amerika Syarikat (AS) Tahun 2025 pada Jumaat.

    Dimaklumkan, China telah mengeluarkan laporan tahunan seumpama itu sejak 2023, untuk menyuarakan keprihatinan terhadap Washington yang didakwa menjejaskan mekanisme perdagangan multilateral, melalukan hegemoni dalam bidang perdagangan global, memanipulasi pelaksanaan dasar industri domestik berdasarkan amalan dwistandard, dan menjadikan rantaian bekalan industri global terjejas.

    Bagaimanapun, sejak laporan edisi 2024 disiarkan, AS tetap memilih mengabaikan harapan pelbagai negara anggota lain, menggembar-gemburkan apa yang disebut "tarif timbal balik", dan memperluas "perang perdagangan" di peringkat global, sehingga mencabuli hak dan kepentingan negara lain, dan menjejaskan peraturan WTO yang berasaskan sistem multilateral.

    Beijing menggesa Washington segera membetulkan kesalahan, secepat mungkin membatalkan langkah "tarif timbal balik", bersama mendorong peningkatan peranan perdagangan pelbagai hala dalam tadbir urus global, di samping berusaha mewujudkan multipolarisasi yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频