<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China Sokong Kemboja, Thailand Selesai Pertikaian Menerusi Dialog

    (CRI)Sabtu 11 Oktober 2025
    China Sokong Kemboja, Thailand Selesai Pertikaian Menerusi Dialog

    China menyokong usaha Kemboja dan Thailand dalam menyelesaikan pertikaian melalui dialog dan perundingan, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun.

    Guo turut mengulangi pendirian China menyokong peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serta kesungguhan negara itu dalam menggerakkan penyelesaian politik konflik sempadan Thailand-Kemboja menerusi 'pendekatan ASEAN'.

    Beliau berkata sejak tercetusnya konflik, China mengekalkan pendirian yang adil dan saksama serta bergiat aktif mendorong rundingan damai.

    Usaha berkenaan menyaksikan menteri luar China, Kemboja dan Thailand mencapai 'konsensus Anning' di provinsi Yunnan; tiga negara mengadakan rundingan tidak rasmi; utusan khas MFA bagi hal ehwal Asia melakukan beberapa pusingan diplomasi ulang-alik (shuttle diplomacy) untuk menggalakkan perdamaian antara pihak terbabit.

    Ujarnya, China komited terus memainkan peranan konstruktif dalam mengukuhkan persetujuan gencatan senjata dan mendorong penyelesaian pertikaian secara damai.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频