- Lain-lain
 
Bantuan Kemanusiaan Kumpulan Pertama China untuk Mangsa Banjir Tiba di Pakistan
Barang bantuan kemanusiaan kumpulan pertama yang dihulurkan oleh kerajaan China untuk mangsa bencana banjir Pakistan, telah dibawa dua pesawat pengangkut Y-20 milik Tentera Udara China ke Pangkalan Tentera Udara Nur Khan di bandar Rawalpindi berdekatan dengan Islamabad, pagi Ahad.

Majlis penyerahan barang bantuan yang merangkumi 300 khemah dan 9,000 kain sakhlat itu disaksikan oleh Menteri Persekutuan Pakistan bagi Hal Ehwal Negeri dan Wilayah Sempadan Engr Amir Muqam, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Bencana Kebangsaaan Pakistan Inam Haider Malik, dan Duta Besar China ke Pakistan Jiang Zaidong.

Muqam berkata, sejak bulan Jun tahun ini, bencana banjir akibat hujan lebat telah melanda sebahagian besar kawasan Pakistan dan menyebabkan kematian dan kecederaan yang serius, selain memusnahkan dengan teruk infrastruktur, rumah, dan tanaman di negaranya. Muqam turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China atas bantuan kepada mangsa banjir di Pakistan.
Malik menyatakan pihaknya mengucapkan terima kasih atas bantuan dari kerajaan dan rakyat China. Barangan bantuan yang disumbangkan oleh China akan memainkan peranan penting dalam misi menyelamat dan membantu. Kerajaan Pakistan akan memastikan barangan bantuan tersebut diagihkan kepada mangsa banjir tepat pada masanya.

Jiang Zaidong pula menyatakan, bantuan yang dihulurkan oleh pihak China merupakan tafsiran yang jelas tentang semangat komuniti berkongsi nasib. Para mangsa yang terkesan dalam bencana banjir dipercayai dapat mengatasi impak berkenaan dan membina semula kampung halaman di bawah kepimpinan kerajaan Pakistan dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat di negaranya.
- Upacara Penyerahan Bantuan Kemanusiaan China untuk Mangsa Gempa Bumi Afghanistan Diadakan
 - Barang Bantuan China Tiba di Kabul
 - China Salur Bantuan Kemanusiaan RMB50 Juta kepada Afghanistan
 - WFP Hargai Bantuan China kepada Mangsa Bencana di Selatan Madagascar
 - Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-12 dari China Tiba di Myanmar
 - Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-11 oleh Kerajaan China Tiba di Myanmar
 - Macau Hantar Pasukan Perubatan, Bantu Kerja Pemulihan di Myanmar
 - Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-8 dari China Tiba di Myanmar
 - China Komited Bantu Myanmar Kawal Keamanan Kawasan Sempadan
 - Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-7 dari China Tiba di Myanmar
 
				
			



