- Lain-lain
 
Pemimpin China, Cuba Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-65 Hubungan Diplomatik
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Presiden China Xi Jinping, dan Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba yang juga presiden negara itu, Miguel Díaz-Canel Bermúdez hari ini bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Xi menegaskan beliau amat mementingkan hubungan dengan Cuba, di samping menzahirkan kesediaan untuk berusaha bersama-sama Canel untuk menjadikan ulang tahun berkenaan sebagai titik permulaan baharu.
Ujarnya, ini termasuk mewarisi hubungan persahabatan tradisional, memperkukuh kepercayaan politik pada tahap tinggi, mendorong pembangunan serta kerjasama secara sistematik.
Ini turut membabitkan usaha meningkatkan penyelarasan strategik komprehensif, mempertahankan keadilan antarabangsa, dan terus mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Cuba agar mencapai kejayaan baharu secara berterusan.
Sementara itu, Canel dan pemimpin revolusi Cuba iaitu Jeneral Raúl Castro menerusi ucapan tahniah bersama juga berkata pihaknya akan sentiasa mempertahankan prinsip satu China serta menentang campur tangan kuasa luar terhadap urusan dalaman China.
Malah, pentadbiran negara berkenaan juga akan sentiasa teguh dalam mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Cuba-China serta menentang sebarang tindakan hegemonisme.
- Xi Adakan Pertemuan dengan?Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel
 - China Hulur Bantuan Makanan Cemas kepada Cuba
 - Keterbuaan China Bawa Peluang kepada Negara di 'Selatan Global' - Kata PM Cuba
 - Ikatan Persahabatan China, Cuba Kekal Utuh
 - Xi Balas Surat kepda Saintis Tersohor Cuba
 - Lawatan Li Xi di Cuba
 - Xi Bertemu Presiden Cuba
 - Xi Ucapkan Tahniah kepada Diaz-Canel
 - Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Cuba
 - Presiden Cuba Lawat China Bermula Khamis
 
				
			



