- Lain-lain
 
WDCC2025 Dirasmikan di Shanghai

Persidangan Bandar Reka Dunia 2025 (WDCC2025) membuka tirai di Shanghai pada Khamis.
WDCC2025 dianjurkan secara bersama oleh kerajaan bandar Shanghai dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), dengan penyelarasan stesen Kumpulan Media China (CMG) di Shanghai.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif telah menyampaikan ucapan yang disiarkan menerusi video semasa perasmian persidangan berkenaan.
Selain itu, Buku Pencapaian WDCC sempena ulang tahun ke-15 turut dilancarkan.
Shanghai selaku bandar seni reka UNESCO kini telah memacu industri reka bentuk yang mempunyai potensi melebihi RMB1.6 trilion (RM0.9 trilion), sekali gus menawarkan pengalaman dan pelan pembangunan Shanghai kepada seluruh dunia.
- Suasana Lewat Malam Nan Meriah Jelas Terasa di Muzium Shanghai
 - Pembaharuan Keinstitusian Pacu Pertumbuhan FTZ Shanghai
 - Shanghai Paling Rancak dalam Menarik Pelaburan Asing
 - Xi Mahu Shanghai Muncul sebagai Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Dunia
 - Shanghai Kekal Kedudukan Tangga Ketiga Sebagai Hab Teknologi Kewangan Global
 - Xi Galak Penduduk Shanghai Bersinergi Bina Bandar Harmoni
 - Disneyland Shanghai Bakal Miliki Tarikan Utama Marvel yang Pertama
 - Perdagangan Luar Shanghai Catat Rekod Tertinggi Baharu
 - Pusat Shanghai IMF Ditubuhkan
 - Shanghai Perkenal Kad Perjalanan Prabayar, Permudah Pelancong Masuk
 
				
			



