<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • PM Li Hadir Sidang Peringkat Tinggi GDI

    (CRI)Khamis 25 September 2025

    Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri mesyuarat peringkat tinggi Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran China di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Selasa.

    Semasa menyampai ucapan pada mesyuarat berkenaan, Li berkata China sentiasa menyokong dan mendorong usaha pembangunan bersama.

    Selain itu, China juga akan terus meningkatkan peruntukan bagi pembangunan global, memperkasakan kerjasama sains dan teknologi untuk memacu pembangunan global, di samping secara proaktif mendorong transformasi hijau pembangunan global.

    Pihak-pihak yang menyertai mesyuarat berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap empat inisiatif global meliputi Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI), serta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang digagaskan Presiden China, Xi Jinping.

    Para peserta juga mengalu-alukan langkah kerjasama baharu mengenai kerjasama antarabangsa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) yang disyorkan China, selain bersedia membaharui dan menyempurnakan bersama tadbir urus global serta memelihara kepentingan bersama masyarakat antarabangsa khususnya Selatan Global.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频