- Lain-lain
 
Kluster Inovasi Shenzhen-HK-Guangzhou Ungguli Ranking Global
![]()  | 
| Pengunjung memasuki Pusat Konvensyen dan Pameran Dunia Shenzhen sempena Pameran Auto Antarabangsa Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau 2025 di Provinsi Guangdong, pada 31 Mei 2025. (Xinhua/Liang Xu) | 
Pertumbuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Isnin mengumumkan bahawa kluster inovasi Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou di Kawasan Teluk Besar Guangdong telah menduduki tangga pertama dalam kluster inovasi 100 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global 2025, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Xinhua, ia merupakan kali pertama kluster tersebut mendahului kluster Tokyo-Yokohama Jepun untuk dinobatkan sebagai hab inovasi terkemuka dunia, yang mempamerkan daya hidup yang segar dalam inovasi teknologi dan saintifik di Kawasan Teluk Besar itu, di samping pencapaian kemajuan dinamik pusat antarabangsa itu untuk inovasi teknologi.
Difahamkan, kluster inovasi Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou telah menduduki tangga kedua global secara konsisten sejak 2020.
Lapor Xinhua, proses ranking kluster inovasi 2025 antaranya merangkumi petunjuk teras baharu, volum transaksi modal usaha niaga, yang telah ditambah dalam pertimbangan utama sedia ada dalam permohonan paten antarabangsa Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) dan jumlah penyelidikan setiap kluster yang telah diterbitkan dalam jurnal Science Citation Index Expanded (SCIE).
Biro Pentadbiran dan Kawal Selia Pasaran Provinsi Guangdong dalam penjelasan memberitahu bahawa sistem penilaian baharu itu menekankan terhadap output dan susun atur harta intelek, di samping transformasi, penggunaan dan realisasi nilai hasil inovasi.
Pada tahun ini, kluster 100 teratas dunia diagihkan kepada 33 ekonomi, dengan China terlibat dalam 24 daripadanya, iaitu tertinggi diikuti oleh Amerika Syarikat (22) dan Jerman (7).
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao Antara Saluran Tersibuk Semasa Sambutan TBC
 - Xi Adakan Tinjauan di Zon Kerjasama Mendalam Guangdong-Makau di Hengqin
 - Jaringan Laluan Pengangkutan Kawasan Teluk Besar, Selatan China
 - Pusat Kebudayaan dan Seni Baharu Dibuka di Kawasan Teluk Besar
 - 48.55 Juta Individu Keluar Masuk Sempadan Melalui Zhuhai
 - Stesen HSR Gergasi Beroperasi di GBA, Selatan China
 - Lebuh Raya Rentas Laut Baharu China Hampir Siap
 - Genap Lima Tahun Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao Beroperasi
 - ASEAN, China Meterai Kerjasama Ekonomi Bernilai 12.1B yuan
 
				
			