<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Tentera Israel Lancar Serangan Udara dengan Sasaran Tentera Houthi Yaman

    (CRI)Isnin 25 Ogos 2025

    Tentera Israel melancarkan serangan udara ke kawasan Sanaa, ibu negara Yaman dengan menyasarkan tentera Houthi pada Ahad.

    Berdasarkan maklumat awal dari jabatan perubatan tempatan kepada wartawan Agensi Berita Xinhua, serangan udara Israel itu mengakibatkan sekurang-kurangnya dua maut manakala lima lagi cedera.

    Tentera Israel dalam kenyataan pula memaklumkan sasaran serangan berkenaan meliputi pangkalan ketenteraan yang menempatkan pejabat presiden, sebuah loji janakuasa serta stor simpanan bahan api dan kemudahan yang digunakan Houthi untuk tindakan ketenteraan.

    Tentera Israel juga berikrar akan melancarkan serangan balas terhadap sebarang tindakan ketenteraan Houthi selain berazam untuk terus menghapuskan sebarang ancaman yang menyasarkan rakyat Israel.

    Menurut stesen TV Masira Yaman yang dikuasai Houthi pada Ahad, beberapa lokasi di Sanaa telah menjadi sasaran dalam serangan udara tentera Israel termasuk syarikat petroleum dan kemudahan loji janakuasa yang masing-masing terletak di kawasan tengah, selatan dan barat daya bandar itu.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频