- Lain-lain
Presiden IWGA Puji Chengdu Terhadap Suasana, Penganjuran Pertengahan TWG 2025
![]() |
| Presiden Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), Jose Perurena menghadiri sidang media di Chengdu, Provinsi Sichuan di barat daya China pada 11 Ogos 2025. (Xinhua/Bai Xuefei) |
Jose Perurena, Presiden Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) pada Isnin menzahirkan pujian yang tinggi terhadap Sukan Dunia (TWG) Chengdu yang sedang berlangsung ketika ini.
“Kami sangat berpuas hati dengan TWG setakat ini. Jawatankuasa Penganjuran Tempatan (LOC), sukarelawan, dan rakan-rakan telah melaksanakan tugas yang sangat cemerlang.
“Suasana dilihat sangat bertenaga, dengan kehadiran ramai penonton, pertandingan bertaraf dunia dan persembahan sukan yang benar-benar memberi inspirasi,” ujar Perurena.
Ketua IWGA itu menyatakan bahawa venue bertaraf dunia, jaringan pengangkutan yang cekap, keramahan penduduk tempatan serta makanan dan pengoperasian di Perkampungan Atlet juga telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya.
Perurena berkata bahawa pihaknya dapat merasai sifat profesional dan kepakaran yang mendalam China selaku hos, sekali gus memberikannya keyakinan yang utuh terhadap separuh kedua TWG 2025.
Beliau kemudiannya sekali lagi memuji upacara pembukaan, dengan menyifatkan ia sebagai tidak akan dilupakan, serta telah menetapkan piawaian yang baharu dalam sejarah TWG.
Sementara itu, naib presiden IWGA, Tom Dielen turut menekankan tentang keunikan identiti TWG yang membezakan ia dengan acara sukan pelbagai yang lain.
Ujar beliau, salah satu ciri unik adalah para atlet diuruskan oleh Persekutuan Antarabangsa (IF), berbanding Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan/Serantau (NOC) atau Pertubuhan Sukan Kebangsaan/Serantau (NSO) seperti dalam acara-acara utama yang lain.
Kata Dielen, model yang berasaskan sukan itu membolehkan mereka untuk memperkemas urusan komunikasi dan membuat keputusan.
“IWGA bekerja secara terus dengan setiap IF sukan, yang membawa kepakaran sukan mendalam dalam undang-undang teknikal, format persaingan dan pembangunan atletnya.
“Walhasil, keperluan teknikal, jadual sukan dan perkhidmatan atlet boleh disesuaikan dengan tepat,” jelas beliau lagi.
![]() |
| Foto Perurena menerima wawancara di Chengdu pada 5 Ogos 2025. (Xinhua/Li Bo) |
![]() |
| Foto Perurena menyampaikan ucapan semasa upacara pembukaan TWG pada 7 Ogos 2025. (Xinhua/Chen Zhenhai) |
- TWG 2025: China Rangkul Emas Dalam Acara Finswimming Berganti
- TWG2025:?Kontinjen China Raih Tujuh Pingat Emas pada Hari Ketiga
- Sukan Dunia Ke-12 Dirasmikan di China
- Sukan Dunia Edisi ke-12, Buka Tirai Secara Rasmi Malam Ini
- Jalan-jalan Chengdu: Bandar Tuan Rumah TWG 2025
- Pusat Media Utama Sukan Dunia Chengdu Dibuka Secara Rasmi
- Pusat Ketibaan dan Pelepasan Sukan Dunia Chengdu Dibuka Secara Rasmi
- Perkampungan Atlet Sukan Dunia Chengdu Dirasmikan
- TWG 2025: Metro Chengdu Terima Kad Pembayaran Luar Negara
- Frisbee di TWG 2025 Chengdu: Sukan Gabungan Alam Semula Jadi dan Pertandingan







