- Lain-lain
 
Hainan Merintis Pembaharuan, Merangsang Suasana Perniagaan
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Provinsi Hainan di selatan China telah berusaha secara berterusan ke arah inovasi dan penyepaduan keinstitusian, sekali gus menjadikan pembangunan suasana perniagaan yang lebih memihak sebagai enjin utama dalam mendorong pertumbuhan berkualiti tinggi, dan mengejar untuk menjadi tempat yang penuh dengan peluang perniagaan.

Feng Yi menunjukkan kepada wartawan tentang pencapaian terkini dalam pengoptimuman suasana perniagaan di Hainan. (People’s Daily Online/Mao Lei)
“Andai kata kesemuanya berjalan lancar, ini akan menjadi peraturan tempatan peringkat provinsi yang pertama di China, khususnya pemeriksaan pentadbiran pentadbir yang melibatkan perusahaan,” ujar Feng Yi, pengarah bahagian pengawalan dan dasar Jabatan Pembangunan Persekitaran Perniagaan Provinsi Hainan.
Menurut beliau, peraturan sementara terhadap pemeriksaan pentadbiran melibatkan perusahaan di Provinsi Hainan, yang dirangka secara bersama oleh jabatan-jabatan berkaitan, telah melepasi bacaan pertamanya di Kongres Rakyat Provinsi Hainan.
Pada 13 Disember 2022, dengan kelulusan kerajaan pusat, Hainan secara rasminya menubuhkan jabatan pembangunan persekitaran perniagaan peringkat provinsi yang pertama di China sebagai sebahagian daripada konstituen kerajaan provinsi itu. Ia secara tidak langsung turut menandakan satu perubahan dalam usaha persekitaran perniagaan Hainan daripada sebuah ‘pasukan petugas yang berbentuk ad-hoc kepada ‘laskar’ yang penuh, dan juga evolusi pendekatannya daripada ‘taktikal’ kepada ‘strategik’, dengan fokus yang lebih kuat terhadap reka bentuk bertaraf tinggi.
“Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekitaran Perniagaan Provinsi Hainan itu sendiri adalah hasil daripada inovasi dan penyepaduan keinstitusian,” kata Ren Duanping, pengarah jabatan itu.
Dalam tempoh dua tahun yang lalu, Hainan telah mengemukakan syarat kelulusan yang dipermudahkan buat Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, mengurangkan permit operasi perniagaan yang ditetapkan tempatan kepada hanya tiga item. Tambahan lagi, 127 item kelulusan pentadbiran telah diperkemas kepada sistem notifikasi dan komitmen, sekali gus mendahului negara itu dari segi kuantiti.
“Moto kami ketika ini adalah ‘Jangan ganggu kecuali perlu, dan memberikan respon dengan cepat ketika perlu’,” ujar Ren.
Berbanding dengan pendekatan awal yang lebih pasif, penubuhan jabatan itu telah membolehkan pendekatan yang lebih proaktif dilakukan. Menerusi langkah-langkah seperti ‘pemeriksaan komprehensif satu’ dan ‘mengendalikan satu perkara dengan cekap’, provinsi itu telah mengurangkan kunjungan purata sebanyak lebih daripada 98 peratus, mengurangkan langkah sekitar 86 peratus, memendekkan masa pemprosesan sekitar 88 peratus, dan merapikan bahan-bahan yang diperlukan sekitar 90 peratus.
“Fokus pada tahun ini adalah untuk memasukkan lebih banyak praktis bermanfaat tersebut ke dalam undang-undang, menekankan tentang pembinaan persekitaran berdasarkan kedaulatan undang-undang, dan lebih menuju ke arah mengutamakan negara,” tambah Ren.
- Hainan Permudahkan Urusan Perniagaan Pelabur Asing
 - Industri Durian Tempatan di Hainan Rancak Berkembang
 - Kemeriahan Pesta Sanyuesan Dirasai di Wuzhishan
 - Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Kemuka Enam Pembaharuan Inovasi Keinstitusian
 - Acara Hiburan, Sukan Rancakkan Kedatangan Pelancong Luar ke Hainan
 - Sanya Disenaraikan Sebagai 10 Destinasi Teratas 2025
 - Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Komersial Pertama China
 - Kedai Kopi Kampung Dorong Pembangunan Luar Bandar di Hainan
 - Perkhidmatan Penyelenggaraan untuk Kapal Terbang Masuk Berkembang Pesat di Hainan
 - Aktiviti Popularisasi Sains Memfokuskan Koko Diadakan di Hainan
 
				
			



