<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Persidangan PBB mengenai Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara' Berakhir

    (CRI)Khamis 31 Julai 2025

    Persidangan antarabangsa peringkat tinggi mengenai penyelesaian damai isu Palestin dan pelaksanaan 'penyelesaian dua negara' berakhir di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Rabu.

    Persidangan tersebut dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi, bertujuan menggerakkan penyelesaian damai konflik Palestin-Israel serta menegaskan sokongan komuniti antarabangsa terhadap formula 'penyelesaian dua negara'.

    Lebih 125 wakil menerusi ucapan masing-masing menyeru tindakan segera untuk memajukan pelaksanaan 'penyelesaian dua negara'.

    Mereka turut menegaskan keperluan membangunkan semula Gaza dan mempertanggungjawabkan pihak yang melanggar undang-undang antarabangsa.

    Israel dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan tidak hadir ke persidangan selama tiga hari itu.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频