<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Cadangan Berkaitan Kerja Ekonomi

    (CRI)Khamis 31 Julai 2025

    Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menganjurkan simposium bersama tokoh-tokoh bukan anggota PKC berhubung situasi ekonomi semasa dan kerja ekonomi bagi separuh kedua tahun ini.

    Simposium yang berlangsung pada 23 Julai dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

    Xi berkata kerja ekonomi perlu mengutamakan kestabilan ketika mengejar kemajuan.

    Ujarnya usaha harus dipergiat untuk memastikan kestabilan dalam pekerjaan, perniagaan, pasaran dan jangkaan, selain terus merangsang perbelanjaan dan mengelak persaingan domestik yang tidak sihat.

    Beliau turut menegaskan perlunya mengukuhkan kitaran domestik sambil memacu kitaran domestik-antarabangsa.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频