<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China, Rusia Perlu Kekalkan Penyelarasan Strategik Komprehensif - Xi

    (CRI)Jumaat 09 Mei 2025

    China dan Rusia perlu mengekalkan semangat kejiranan baik yang berkekalan, penyelarasan strategik komprehensif dan kerjasama saling menguntungkan tatkala berdepan situasi antarabangsa yang penuh pancaroba.

    Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping pada sidang media bersama rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin selepas kedua-duanya selesai mengadakan rundingan di Istana Kremlin di Moscow pada Khamis.

    Beliau berkata kedua-dua negara perlu meningkatkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi di samping menyumbang kepada keamanan dunia dan menjana momentum yang lebih kuat kepada pembangunan global.

    Ujar Xi lagi, rundingan bersama Presiden Putin kali ini amat produktif dengan mencapai banyak konsensus penting.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频