<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China, Gabon Ikrar Mantapkan Kerjasama

    (CRI)Isnin 05 Mei 2025

    China amat mementingkan pembangunan hubungan dengan Gabon dan sedia bersinergi melonjakkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif dua negara ke tahap baharu, kata utusan khas Presiden China Xi Jinping, Mu Hong pada Ahad.

    Atas jemputan Presiden Gabon Brice Clotaire Oligui Nguema, Mu yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) menghadiri majlis angkat sumpat Nguema pada Sabtu di Libreville. Pada Ahad, Nguema bertemu dengan Mu di Libreville.

    Dalam pertemuan itu, Mu mezahirkan kesediaan China bersinergi bersama Gabon untuk mendapatkan kekuatan daripada jalinan persahabatan tradisional, mengukuhkan rasa saling percaya melalui solidariti dan kolaborasi dan bergandingan melangkah ke hadapan menerusi situasi sama menang dan saling untung.

    Sementara itu, Nguema berkata pihaknya komited memperdalam kerjasama praktikal dengan China dalam pelbagai bidang dan menggalakkan hubungan bilateral terus mencapai kemajuan lebih besar.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频